Perasmian Festival Perdagangan Sempadan Narathiwat 2023

Views: 373

NARATHIWAT, 21.08.2023
Pengerusi Eksekutif GISBH, Tuan Nasiruddin Mohd Ali diberi penghormatan mengiringi Timbalan Gabenor Narathiwat, Mr. Preecha Nualnoi merasmikan Festival Perdagangan Sempadan Narathiwat anjuran Kementerian Perdagangan Thailand di sini baru-baru ini.

Pameran Perdagangan Sempadan Thailand-Malaysia ini diadakan di Taman Krom Luang Naradhiwas Rajanagarindra, Daerah Mueang Narathiwat Wilayah Narathiwat.

Di antara tetamu kehormat yang hadir ke Majlis Perasmian ini ialah para ALP GISBH, Tuan Hasnan Abdul Hamid, Tuan Fadhil Yasin, Tuan Ahmad Anuar Abdul Rahman, Tuan Nik Hazani dan Dato’ Lokman Hakim Pfordten. Turut hadir ALPM, Puan Azura Mohd Yusof.

Tetamu kehormat di pihak kerajaan Thailand selain daripada Timbalan Gabenor Narathiwat ialah Mr. Tatchayapol Apimontechabutr, Timbalan Pengarah Jabatan Perdagangan Antarabangsa, Mr. Krissanant Kamrai, Ketua Pegawai Jabatan Narathiwat, Mr. Peeraphat Utaisri, Pengarah Pejabat Perhubungan Perniagaan dan Pelaburan, Mrs. Naruemon Kaewmukdakul, Pengarah Perdagangan Negeri Narathiwat, Mrs. Pussadee Chaicharoen, Pengarah Perdagangan Negeri Yala, dan Pol.Kol. Dulyaman Yaena, Timbalan Ketua Polis Narathiwat.

Festival selama 3 hari ini memberi peluang kepada 60 orang peniaga tempatan mengusahakan perniagaan mereka seperti menjual pelbagai jenis makanan, buah-buahan, pakaian dan keperluan harian. Selain itu terdapat persembahan pentas untuk menarik hati pelanggan.

GISBH pula membangunkan gerai pameran berskrin LED untuk memaparkan maklumat mengenai syarikat, segala aktivitinya dan gerai-gerai jualan produk keluarannya seperti pakaian dan produk-produk makanan halal juga mempamerkan 3 buah motor berkuasa tinggi sebagai alat berdakwah.

Persembahan pentas yang diserahkan sepenuhnya oleh penganjur kepada pasukan GISBH dimanfaatkan dengan menganjurkan pertandingan nasyid, azan, deklamasi sajak, cabutan bertuah dan yang paling ditunggu oleh penduduk tempatan ialah persembahan nasyid dari kumpulan Generasi Harapan dan Mawaddah, juga persembahan Hadrah dan Teater Muzikal Islam.

Moga dengan penyertaan GISBH di program seumpama ini bukan sahaja menambah eratkan hubungan syarikat dengan pihak berkuasa Thailand malah semakin bertambah mesra dengan masyarakat Islam di Wilayah Narathiwat ini.

Views: 373

Reviews for Perasmian Festival Perdagangan Sempadan Narathiwat 2023

There are currently no reviews for Perasmian Festival Perdagangan Sempadan Narathiwat 2023
Scroll to top