Perasmian Gudang Ikhwan Food Beverage

Views: 1,858

BUKIT BERUNTUNG, 29 Ogos 2024 – Gudang terbaru milik GISB Holding Sdn Bhd (GISBH) yang dikenali sebagai “Ikhwan Food Beverage” telah dirasmikan hari ini oleh YBhg. Datuk Nasiruddin Mohd Ali, Pengerusi Eksekutif GISBH di sini hari ini.

Perasmian ini disempurnakan Datuk Nasiruddin yang sedang dalam perjalanan ke Thailand bersama 55 orang peserta XPDC dari Pusat Perniagaan Ikhwan, Bandar Country Homes, Rawang.

Rombongan yang menaiki sebuah bas dan tiga buah kereta singgah di Bukit Beruntung untuk menghadiri majlis perasmian sebelum menyambung perjalanan mereka ke Thailand.

Keprihatinan Datuk PE GISBH yang sudi berpatah balik untuk merasmikan gudang yang baru selesai direnovasi dengan kos RM23,000.00 ini amat dihargai oleh semua pihak yang terlibat.

Datuk PE GISBH juga meluangkan masa melawat pejabat urusan Ikhwan Food Beverage yang turut dibina di kawasan gudang tersebut.

Majlis perasmian bermula dengan acara memotong reben, diikuti dengan upacara menandatangani plak perasmian.

Selepas itu, Datuk PE GISBH telah dibawa melawat ke dalam gudang yang mempunyai tiga lot, di mana terdapat stok Jus Ikhwan dan Mi Segera Dudomi.

Gudang ini bakal menjadi pusat pengedaran produk OEM dan import GISBH bagi pengedaran ke seluruh Malaysia dan Asia Tenggara.

Views: 1,858
Scroll to top