Perasmian Ikhwan Mart yang ke 39 di Putrajaya

Views: 1,922

PUTRAJAYA, 30.04.2022
Pengerusi Eksekutif GISBH, YBhg Tuan Nasiruddin Mohd Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif GISBH, YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten telah merasmikan Ikhwan Mart di sini, hari ini menjadikannya rangkaian Ikhwan Mart GISBH yang ke 39.

Turut serta di majlis perasmian ini ialah Ahli Lembaga Penasihat GISBH, YBhg Tuan Mohd Fadhil Yasin, Pegawai Kewangan GISBH, Tuan Suhaimie Mohamad dan setiausaha-setiausaha beberapa zon GISBH.

Dalam melaksanakan cita-cita GISBH untuk memasarkan produk-produk halal ‘Ikhwan Brand’ dan keluaran pengusaha-pengusaha Muslim yang lain, pasaraya dan mini mart adalah antara mediumnya.

Dengan prasarana yang selesa dan kelengkapan serta barangan yang disediakan, diharap Ikhwan Mart ini dapat memberi khidmat kepada semua golongan masyarakat di Putrajaya dan sekitarnya.

Kedudukannya yang strategik di ‘Corner Lot’ beralamat di No. 5, Jalan Kedah, Presint Diplomatik, 62050 Putrajaya juga menjadikan premis ini mudah dicari dan dikunjungi.

Lebih-lebih lagi ia terletak di kawasan yang sama terdapat lima lagi premis GISBH iaitu Kafe Ikhwan Putrajaya, Ikhwan Bakery Putrajaya, Ikhwan Delight Putrajaya, Ikhwan Gallery Putrajaya dan Poliklinik Ikhwan Putrajaya.

Dengan adanya Ikhwan Mart ini, moga pengusaha-pengusaha produk Muslim dan para pengguna sama-sama dapat manfaat dalam membekalkan dan membeli keperluan harian mereka agar kehidupan saling berkasih sayang dan bertolong bantu sesama kita menjadi budaya.

Views: 1,922

Reviews for Perasmian Ikhwan Mart yang ke 39 di Putrajaya

There are currently no reviews for Perasmian Ikhwan Mart yang ke 39 di Putrajaya
Scroll to top