Perasmian Restoran Ikhwan Seafood Lahar Yooi, Pulau Pinang

Views: 71

SEBERANG PRAI, 25.11.2022
Setelah restoran makanan laut pertama GISBH, Restoran Ikhwan Sea Food LKIM Kuala Selangor beroperasi dan mendapat sambutan masyarakat, GISBH membuka sebuah lagi restoran makanan laut dengan perasmian restoran Ikhwan Sea Food Lahar Yooi di sini hari ini.

Terletak di Pusat Perniagaan Ikhwan Lahar Yooi, Tasek Gelugor, Seberang Prai, Pulau Pinang, Restoran Ikhwan Seafood Lahar Yooi telah dirasmikan oleh YBhg Tuan Ahmad Anuar Abdul Rahman selaku Ahli Lembaga Penasihat GISB Holdings sempena
ulang tahun kelahiran Ybhg Tuan Nasiruddin Mohd Ali Pengerusi Eksekutif syarikat GISB Holdings Sdn Bhd.

Restoran yang mula dibuka untuk orang ramai ini menyajikan menu utama iaitu makanan berasaskan makanan laut dan sungai yang dibuat sajian secara bufet dan juga turut disediakan set ala carte.

Selain daripada menu-menu makanan Thailand yang menyelerakan, hiasan dalaman restoran ini juga mempunyai daya tarikan yang tersendiri.

Moga dengan pembukaan restoran ini menjadi alternatif kepada orang ramai menikmati masakan laut ala-Thai selain daripada nasi Kandar yang popular di kalangan masyarakat tempatan.

Views: 71

Reviews for Perasmian Restoran Ikhwan Seafood Lahar Yooi, Pulau Pinang

There are currently no reviews for Perasmian Restoran Ikhwan Seafood Lahar Yooi, Pulau Pinang
Scroll to top