Perasmian Rumah Pantang Ikhwan PPI Subang

Views: 3

SHAH ALAM, 18.03.2022
Ketua Pegawai Eksekutif GISBH, YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten telah merasmikan Rumah Pantang Ikhwan PPI Subang di Jalan Uranus U5/125, Subang Impian, 40150 Shah Alam, Selangor hari ini.

Turut hadir Pengarah GISBH Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur, YBhg Tuan Afdaluddin Latiff, para Remaja Pembela Ummah Lelaki (RPUL) dan Remaja Pembela Ummah Muslimah (RPUM) juga staf-staf GISBH.

Rumah pantang yang asalnya satu premis telah ditambah satu premis lagi dan kini boleh menampung 15 Ibu yang berpantang pada satu-satu masa.

GISBH mewujudkan rumah pantang begini sebagai usaha menjaga kebajikan para staf dari sudut kesihatan selepas bersalin. Di rumah pantang, isteri-isteri yang baru bersalin akan mendapat perhatian penuh dari sudut berpantang, pemakanan, berurut dan penjagaan bayi yang betul khasnya para ibu muda.

YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten, menganjurkan supaya Rumah Pantang dilengkapi dengan sauna sebagai keperluan berpantang juga turut dilengkapkan dengan sistem audio dan video supaya penghuninya tidak ketinggalan mengikuti perkembangan semasa.

Moga rumah pantang GISBH menjadi contoh bagaimana sepatutnya kebajikan para ibu selepas bersalin dijaga agar kesihatan mereka terpelihara untuk terus sihat dan cergas bertugas selepas berpantang.

Views: 3

Reviews for Perasmian Rumah Pantang Ikhwan PPI Subang

There are currently no reviews for Perasmian Rumah Pantang Ikhwan PPI Subang
Scroll to top