SARJAH, 10.04.2023
Pengerusi Eksekutif GISBH, YDH Tuan Nasiruddin Mohd Ali telah merasmikan Rumah Tamu GISBH Sarjah dalam kunjungan rasmi beliau ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) di sini baru-baru ini.
UAE terdiri daripada tujuh wilayah emiriah atau tujuh buah negeri dan GISBH berada di dua buah daripadanya iaitu di Restoran Nur Malaysia di Dubai dan Rumah Tamu di Sarjah.
Rumah agam 2 tingkat yang beralamat di Street 29, Villa 5, Al-Jazzat, Sharjah UAE ini mempunyai
7 buah bilik dengan 7 bilik air, ruang tetamu dan dapur yang luas, parkir yang boleh memuatkan 3 buah kenderaan serta taman bunga yang menarik.
Simbolik perasmian dibuat oleh YDH Pengerusi Eksekutif GISBH, Tuan Nasiruddin Mohd Ali dengan pemotongan riben diiringi dengan alunan selawat oleh keluarga GISBH Dubai.
Seterusnya Tuan Pengerusi Eksekutif menandatangani plak perasmian diikuti dengan sesi lawatan di dalam dan luar rumah tamu tersebut termasuk penempatan muslimah dan nurseri kanak-kanak di tingkat dua.
Turut dirasmikan hari ini ialah sangkar burung puyuh yang diternak secara kecil-kecilan di rumah ini untuk mengambil keberkatan aktiviti penternakan yang melatih diri para staf untuk bertanggung jawab dan berdisiplin.
Semoga dengan adanya Rumah Tamu GISBH di Sharjah ini Islam nampak indah dan wibawa di mata masyarakat.