Perasmian ‘Wadi Coffee House’ di WBDIH, Arab Saudi

Views: 66

HUDAIBIYAH, 14.12.2022
Pengerusi Eksekutif GISBH, YBhg Tuan Nasiruddin Mohd Ali telah merasmikan ‘Wadi Coffee House’, sebuah premis baru GISBH Haramain yang terletak di Wadi Berkat Dato Ibu Hudaibiyah, (WBDIH), Hudaibiyah, Arab Saudi.

Ini merupakan rangkaian Coffee House yang ke 3 dalam syarikat GISBH selepas ‘Ikhwan Coffee House’ di Pusat Perniagaan Bandar Country Homes Rawang, Selangor dan ‘Ikhwan Coffee House’, Ettalong Beach, Australia.

Majlis perasmian bermula pada jam 9.20 pagi, dengan acara memotong riben dan menandatangani plak oleh YBhg Tuan Nasiruddin Mohd Ali sebagai simbolik perasmian.

Turut serta di Majlis ini ialah YBhg Puan Azura Mohd Yusof serta sebahagian staf GISBH Zon Haramain.

Adalah diharapkan ‘Wadi Coffee House’ ini bakal menjadi tarikan baru kepada pengunjung yang datang ke WBDIH, selain dapat mengimbau dan merasai suasana kehidupan Rasulullah SAW dan para Sahabat dengan haiwan-haiwan kesayangan Baginda serta aktiviti-aktiviti sukan sunnah.

Selain minuman kopi, ‘Wadi Coffe House’ juga menyediakan pelbagai sajian Melayu di Tanah Arab ini. Antara menu istimewanya ialah sup tulang, ikan bakar dan laksa tulang.

Moga dengan adanya ‘Ikhwan Coffee House’ ini, para pengunjung WBDIH dapat menikmati makanan dan minuman ringan secara santai dalam ruang berhawa dingin berlatarbelakangkan suasana WBDIH yang sangat indah.

Views: 66

Reviews for Perasmian ‘Wadi Coffee House’ di WBDIH, Arab Saudi

There are currently no reviews for Perasmian ‘Wadi Coffee House’ di WBDIH, Arab Saudi
Scroll to top