PUTRAJAYA, 16.04.2022
Program berbuka puasa beramai-ramai dan persembahan pentas di Dataran Putrajaya mendapat sambutan hangat daripada penduduk setempat bila dianggarkan seramai 20 ribu orang membanjiri dataran tersebut di sini sejak jam 5 petang semalam hingga ke tengah malam tadi.
Generasi Harapan (GH), kumpulan nasyid dan budaya di bawah GISBH Sdn. Bhd. turut serta memberikan persembahan pada malam ini meliputi hadrah, nasyid, silat dan deklamasi sajak.
Persembahan yang diringi pencahayaan yang baik, muzik yang bertenaga, apa lagi dipadukan dengan seni silat dan tarian sufi membuatkan pengunjung tidak berganjak sehingga selesai program.
Antara ucapan pengacara majlis sebaik tamat persembahan GH,
“GH adalah sebuah kumpulan di bawah GISBH. GISBH adalah singkatan kepada Global Ikhwan Sdn. Bhd. sebuah syarikat yang mempunyai berbagai aktiviti antaranya pendidikan, hiburan, pasar raya, produk pembuatan makanan, klinik, butik, hotel, homestay dan sebagainya, sangat-sangat banyak, sangat-sangat dahsyat dia orang ni.”
“Persembahan kalau kita dapat tengok, persembahan fenomena untuk warga Putrajaya. Sangat penuh dengan kejutan, penuh dengan dramatik, penuh dengan tenaga,” katanya lagi.
Di media sosial juga banyak komen positif mengenai persembahan GH malam ini yang boleh diperolehi antaranya dari;
Hussain Zulkarnain, “Grand Concert berjiwa dan membahagiakan.”
Muhd Adam, “Bergetar jiwa.”
Abu Hussein 6783, “Moga hati-hati manusia di Putrajaya terus bergema dan meriah dengan alunan membesarkan Allah dan Rasul-Nya di malam Ramadhan ni bersama dengan Generasi Harapan.”
KASIM PASA, “Nampak ramai yang hadir yee. Ramai orang yang nak hiburan seperti ini, lagi di bulan Ramadhan.”
Kaki Kupi, “Terima kasih rakan-rakan GISBH, RPU, GH yang memberi pengisian iktikaf Ramadhan kita yang dah lama kita di SOPkan bahana Covid-19. Terus kita mendoakan masa ini agar usaha dakwah pendekatan advance terus diperbaik.”
Begitulah bila fitrah manusia diisi dengan hiburan yang tepat, ia akan memberi kesan yang positif kepada minda, jiwanya dan juga mendorong fizikal manusia untuk melakukan kebaikan demi kebaikan.