Persembahan GH di Festival Ramadhan Putrajaya 2022

Views: 1

PUTRAJAYA, 10.04.2022
Kumpulan Kebudayaan di bawah syarikat GISBH, Generasi Harapan (GH) telah mengadakan satu persembahan di sini hari ini dari jam 10 malam hingga jam 12 tengah malam.

Selain dari pelbagai alunan nasyid dalam Bahasa Malaysia, Arab dan Inggeris, GH juga menpersembahkan pertunjukan silat tari, deklamasi sajak dan sketsa yang menegur budaya masyarakat yang bercanggah dengan syariat dan kemuliaan.

Kelihatan penonton bukan sahaja dari warga tempatan bahkan dari warga luar yang tinggal di Malaysia seperti rakyat Yaman dan Libya. Mereka datang berkumpulan dengan keluarga masing-masing untuk merasakan kemeriahan Ramadhan.

Dendangan 15 buah nasyid yang menyentuh jiwa dilatari permainan muzik yang kelihatan ‘professional’ juga persembahan silat yang bertenaga di tambah dengan cuaca yang baik membuatkan majoriti penonton tidak berganjak hingga ke akhir program.

GISBH bermurah hati menaja peralatan ‘sound sistem’ untuk program pentas sepanjang sebulan Ramadhan ini dengan nilai tajaan sebanyak RM195,000.00.

Deretan motorsikal berkuasa besar di sebelah tapak persembahan dari RPU Bikers di bawah Remaja Pembela Ummah (RPU), iaitu unit remaja di bawah GISBH pula sangat menarik minat orang ramai yang datang bergambar dengan jentera yang sukar dimiliki, memandangnya ada di antaranya berharga melebihi RM200,000.00.

Moga hati-hati seluruh mereka yang terlibat dengan persembahan ini juga para pengunjung semakin dekat dengan Allah Taala kesan dari menghayati mesej-mesej yang disampaikan lewat nasyid, sajak dan lain-lain.

Views: 1

Reviews for Persembahan GH di Festival Ramadhan Putrajaya 2022

There are currently no reviews for Persembahan GH di Festival Ramadhan Putrajaya 2022
Scroll to top