Pertandingan Liga Tactical Touch bina jati diri dan sahsiah RPU

Views: 24

RAWANG,15.03.2023
Jabatan Sukan Sunnah GISBH telah menganjurkan Pertandingan Liga Tactical Touch untuk para Remaja Pembela Ummah (RPU) di Pusat Perniagaan Ikhwan Bandar Country Homes, pada 5 dan 6 Mac, di sini baru-baru ini.

Pertandingan Sukan Tactical Touch disertai RPU dari cawangan GISBH Wilayah Utara, Selatan, Tengah, Pantai Timur Semenanjung Malaysia dan juga luar negara.

Adalah menjadi hasrat Pengerusi Eksekutif GISBH, Ybhg Tuan Nasiruddin Mohd Ali agar semua RPU terlibat aktif dalam aktiviti-aktiviti sihat bagi membina jati diri dan sahsiah mereka.

Justeru, untuk merealisasikan hasrat ini, Ybhg Tuan Adib At Tamimi selaku Ketua Pegawai Penyelaras GISBH dan Presiden RPU Sedunia telah mengadakan pertandingan ini yang julung-julung kalinya diadakan.

Dalam acara pertandingan kali ini menyaksikan pasukan Al-Qumairi dari GISBH Wilayah Utara Malaysia memenangi pertandingan liga ini mengalahkan 13 pasukan lain yang turut bertanding.

Bukan sekadar meraih kemenangan, para peserta khususnya team kepimpinan dalam kalangan RPU, dilatih menyusun, berbincang dan memastikan pasukan masing-masing berdisiplin dan berstrategi menerusi aktiviti-aktiviti seperti makan malam bersama, solat berjemaah, qiamullail, menyusun tempat tidur dan lain-lain.

Di sini berlaku pergaulan di antara semua peringkat staf GISBH di kalangan RPU dari berlainan kawasan dengan saling bertanya khabar dan berkongsi cerita menjadikan suasana silaturrahim terasa sangat meriah.

Para peserta juga diajak menjiwai keperibadian Rasulullah dan para sahabat agar sentiasa mengekalkan rasa hamba dan berhalus dalam pergaulan.

Hadis Rasulullah yang maksudnya; “Orang mukmin yang kuat itu lebih baik dan dicintai Allah daripada orang mukmin yang lemah.” menjadi panduan dalam perlaksanaan aktiviti seperti ini agar segala yang dilakukan mendekatkan diri kepada Allah dan Rasul-Nya.

Views: 24

Reviews for Pertandingan Liga Tactical Touch bina jati diri dan sahsiah RPU

There are currently no reviews for Pertandingan Liga Tactical Touch bina jati diri dan sahsiah RPU
Scroll to top