Pertemuan dengan pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Stockholm tidak kesampaian

Views: 5

STOCKHOLM, 25.01.2023
Rombongan ‘Meneroka Negara-negara Scandinavia, Silaturrahim – Ziarah – Dakwah – Tijarah’ pimpinan Excutive Chairman GISBH, YDH Tuan Nasiruddin Mohd Ali tidak berpeluang bertemu dengan pegawai dan staf Kedutaan Besar Malaysia di Stockholm walaupun telah berhubung dengan wakil mereka kerana cuti hari Sabtu, Ahad dan bersambung hari Isnin sempena Tahun Baru Cina, di sini baru-baru ini.

Walaupun begitu, rombongan tetap pergi ke Kedutaan Besar Malaysia di sini dan bergambar di hadapan bangunan kedutaan, sebagai kenangan dan bukti telah sampai ke sini.

Pada Chairman GISBH, Kedutaan Besar Malaysia di mana-mana negara, khasnya TYT Duta Besar Malaysia merupakan bapa kepada seluruh rakyat Malaysia yang berada di negara tersebut samada mereka yang tinggal di situ sebagai pekerja atau belajar juga pelancong yang memgunjungi negara tersebut.

Oleh itu, Tuan Chairman GISBH akan usahakan sebaik mungkin untuk bertemu dengan wakil kerajaan Malaysia di situ samada TYT Duta mahupun Tuan CG sebagai menghormati wakil rasmi kerajaan sambil bertukar maklumat mengenai negara berkenaan dan berkongsi perkembangan terkini perjalanan syarikat GISBH.

Hari pertama di Sweden, rombongan bersarapan di dalam motorhome Rahmatikalun di Camping Site Marholmen Resort Norrtälje, Sweden yang dikelilingi dengan perairan laut yang telah beku dan suasana salji yang memutih dengan suhu -8° Celsius.

Seterusnya rombongan bergerak ke bandaraya Stockholm dan antara tempat tujuan ialah ke pasar ikan milik orang Islam untuk membeli ikan, udang, sotong dan lain-lain keperluan.

Setelah 3 hari di Sweden, rombongan terpaksa meninggalkan negara tersebut mengikut jadual perjalanan yang telah disusun sedangkan hasrat untuk bertemu pegawai dan staf Kedutaan Malaysia tidak kesampaian walaupun telah berhubung.

Semuanya adalah kehendak Allah juga yang sudah pasti mempunyai hikmahnya yang kita tidak memahaminya.

Views: 5

Reviews for Pertemuan dengan pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Stockholm tidak kesampaian

There are currently no reviews for Pertemuan dengan pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Stockholm tidak kesampaian
Scroll to top