Pertemuan GISBH dengan Bahagian Pendidikan Swasta KPM

Views: 1,499

PUTRAJAYA, 09.11.2023
Pengerusi Eksekutif GISBH, YBhg Tn. Hj. Nasiruddin Mohd Ali mengetuai rombongan dari GISBH telah mengadakan pertemuan dengan Pengarah Bahagian Pendidikan Swasta (BPS), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, di sini hari ini.

Turut bersama beliau Ahli Lembaga Penasihat, Tn. Hj. Mohd Fadhil Yasin dan Pn. Hjh. Azura Mohd Yusof, Pegawai Tadbir Syarikat, Tn. Hj. Mokhtar Tajuddin dan Tn. Hj. Mohd Shukri Mohd Noor serta lima orang yang lain.

Rombongan disambut penuh mesra oleh Pengarah BPS KPM, Pn. Aniza Kamarulzaman dan para pegawai beliau lalu dibawa ke bilik mesyuarat.

Pertemuan bermula dengan Puan Pengarah BPS PKM berucap mengalu-alukan kedatangan YBhg Tuan Pengerusi Eksekutif GISBH dan rombongan ke pejabat BPS KPM untuk sesi perbincangan.

Pn Aniza kemudiannya menjemput YBhg Tn. Nasiruddin berucap, di mana Tuan Pengerusi Eksekutif melahirkan rasa syukur kepada Allah Taala dan berterima kasih kepada Pn. Aniza atas kesudian menerima kunjungan rombongan GISBH.

Oleh kerana kesuntukan masa, Pn. Aniza meminta pihak GISBH hanya menayangkan video Profail Pendidikan GISBH sahaja dan diikuti dengan sesi soal jawab.

Program diteruskan dengan taklimat pembentangan mengenai fungsi dan tugas Bahagian Pendidikan Swasta dalam mengendalikan proses pendaftaran dan perjalanan sekolah-sekolah swasta di seluruh negara.

Pihak Pendidikan Swasta JPM kelihatan teruja melihat keseriusan YBhg Tn. Pengerusi Eksekutif yang begitu bersungguh-sungguh berhasrat melaksanakan pendaftaran sekolah rendah, menengah dan Kolej Internasional GISBH dengan Bahagian Pendidikan Swasta, JPM.

Semua pegawai BPS JPM bersedia membantu pendaftaran semua sekolah GISBH di seluruh Malaysia dan dijangka akan banyak siri perbincangan antara kedua belah pihak bagi menyelesaikan proses dokumentasi pendaftaran tersebut.

Pihak BPS juga dijangka akan menerima jemputan YBhg. Tuan Pengerusi Eksekutif melawat PPI BCH dalam waktu terdekat dan mereka juga akan melawat sekolah-sekolah GISBH bagi meninjau keperluan bantuan yang sesuai khususnya dalam menyelesaikan proses pendaftaran.

Majlis diakhiri dengan penyampaian hamper produk GISBH kepada para tetamu dan cenderahati kepada semua pegawai BPS JPM dan sesi bergambar.

Moga sebagaimana Allah izinkan majlis pertemuan berjalan lancar dalam suasana silaturrahim yang harmoni dan mesra diharapkan akan berlaku hubungan lebih erat antara dua pihak dan kerjasama yang berterusan di masa akan datang.

Views: 1,499

Reviews for Pertemuan GISBH dengan Bahagian Pendidikan Swasta KPM

There are currently no reviews for Pertemuan GISBH dengan Bahagian Pendidikan Swasta KPM
Scroll to top