Pertemuan GISBH dengan TYT Duta Besar Malaysia ke Thailand

Views: 23

KRUNGTHEP MAHANAKORN, 02.3.2023
Rombongan ekspidisi Silaturrahim; Ziarah, Dakwah dan Tijarah GISBH yang diketuai oleh Executive Chairman, YDH Tuan Nasiruddin Mohd Ali telah mengadakan pertemuan dengan TYT Duta Besar Malaysia ke Thailand, Dato’ Jojie Samuel MC Samuel di Kedutaan Besar Malaysia ke Thailand di sini hari ini.

GISBH diwakili oleh Tuan Chairman sendiri, CEO GISBH YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten, COO GISBH, YBhg Tuan Hasnan Abdul Hamid, ALP GISBH, YBhg Tuan Ahmad Anuar Abd Rahman, ALP Muslimah GISBH, Puan Azura Mohd Yusof dan pengiring-pengiring di kalangan RPU juga Ketua Pegawai Kewangan dan media.

Di pihak Keduataan Malaysia pula diwakili oleh Dato’ Jojie Samuel MC Samuel, Duta Besar Malaysia ke Thailand, En. Bong Yik Jui, Minister / Deputy Chief of Mission, ACP Shukeria Bin Makhtar, Minister Counsellor (Security), En. Haireddin Maslan Counsellor (Agriculture)
dan En. Mohamed Hafiz Bin Md Shariff
(MATRADE).

Setelah sesi taaruf ringkas antara kedua pihak, Dato’ CEO GISBH menceritakan secara ringkas berkaitan syarikat GISBH yang telah berada di 17 buah negara malah bertapak lebih 30 tahun di Thailand tetapi baru meneroka di wilayah selatan Thailand di bidang ekonomi, pelancongan dan pendidikan dalam siri Silaturrahim, Ziarah, Dakwah dan Tijarah.

Puan Azura pula menyambung tentang penerimaan tanpa prejudis Panglima Wilayah ke-4 Thailand, Major Jeneral Santi Sakuntanak rombongan GISBH sedangkan sehari sebelum itu berlaku pembunuhan seorang rakyat Malaysia di wilayah selatan.

TYT Duta menyatakan antara agenda Perdana Menteri Malaysia, YAB DS Anwar Ibrahim dalam isu membabitkan konflik selatan Thailand ialah penyelesaian secara aman dengan menaikkan taraf ekonomi dan pendapatan penduduk tempatan.

Sebagaimana yang kita ketahui, YAB Perdana Menteri ingin bekerjasama dalam mempromosikan dan mengintegrasikan pembangunan ekonomi di sepanjang sempadan Thailand-Malaysia, khususnya membabitkan lima wilayah selatan Thailand (Yala, Narathiwat, Pattani, Songkhla dan Satun) dan empat negeri di Utara Malaysia (Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak).

Oleh itu keberadaan GISBH yang telah memulakan pertemuan-pertemuan, rundingan dengan pihak berkuasa tempatan, ahli perniagaan malah memulakan beberapa projek perniagaan moga-moga menjadi perintis kepada syarikat-syarikat lain dari Malaysia untuk melebarkan perniagaan bukan sahaja di Selatan Thai malah seluruh Thailand.

Menurut En. Haireddin Maslan, Counsellor
(Agriculture), teknologi pertanian di Thailand lebih maju dari Malaysia dan GISBH boleh manfaatkan jalinan hubungan ini untuk memindahkan teknologi tersebut ke Malaysia.

GISBH pula telah membawa teknologi enzim Fateh dalam ternakan ayam sihat Ikhwan yang telah memasuki batch kedua hasil kerjasama dengan Dr. Bokhin Bahkulala di Suan Palm Farmnok miliknya di daerah Khlong Khuean, Chachoengsao kira-kira 70 km dari Bangkok.

Ayam Sihat Ikhwan ini tidak menggunakan vaksin dan antibiotik, rendah lemak, tidak hanyir dan boleh dimakan oleh semua orang walaupun yang mempunyai alahan atau alegik terhadap daging ayam.

TYT Duta juga menyatakan pendapat PM Thailand sendiri untuk membantu Selatan Thai khususnya dalam memberi ilmu kemahiran hidup kepada pelajar lepasan pondok agar mudah menjalani kehidupan.

Pihak GISBH berkongsi usaha sama GISBH dalam memberi kemahiran kepada pelajar-pelajar pondok dengan memulakan projek ‘Digital Farming’ percambahan tauge di sebuah Pondok di Pattani.

YBhg Tuan Chairman menerangkan aspek yang paling dititik beratkan dalam GISBH ialah pembangunan insan dengan mendidik mereka takutkan Tuhan dan cinta Nabi, tanpanya segala usaha tidak akan berjaya atau kejayaannya tidak berkekalan.

Banyak tajuk yang telah dibincangkan selama 2 jam pertemuan ini termasuk berkenaan food security, eksport lembu dari Thailand ke Malaysia, ternakan ayam berskala besar di Selatan Thai, house boat dan pelancongan di Yala, teknologi pertanian dan lain-lain.

“Kami berterima kasih atas kesudian GISBH datang ke Kedutaan dan jika ada apa-apa bantuan yang diperlukan bolehlah terus berhubung dengan pegawai-pegawai kami,” ujar Dato’ Jojie Samuel, Duta Besar Malaysia ke Thailand mengakhiri perbincangan.

Sesi pertemuan diakhiri dengan bergambar beramai-ramai, penyerahan plak GISBH dan cenderahati berupa produk-produk Ikhwan Brand kepada TYT Duta.

Moga pertemuan penuh mesra dan kasih sayang ini dapat memberi gambaran jelas aktiviti GISBH di seluruh dunia khasnya di Thailand kepada TYT Duta dan teamnya untuk kerjasama lebih erat di masa akan datang.

Views: 23

Reviews for Pertemuan GISBH dengan TYT Duta Besar Malaysia ke Thailand

There are currently no reviews for Pertemuan GISBH dengan TYT Duta Besar Malaysia ke Thailand
Scroll to top