PATTANI, 23.12.2023
Pengerusi Eksekutif (PE) merangkap Ketua Pegawai Eksekutif GISBH YBhg. Tn. Hj. Nasiruddin Mohd Ali telah bertemu dengan Pesuruhjaya Pelancongan Thailand, Dr. Kriangsak Saengchan di CS Pattani Hotel, di sini hari ini.
Dr. Kriangsak yang bertugas di bawah pentadbiran Raja Thailand berkaitan ekonomi dan keselamatan khususnya di selatan Thailand telah dihantar untuk meninjau hingga ke akar umbi segala permasalahan yang berlaku.
“Kedatangan GISBH di selatan Thai sangat membantu kerajaan untuk membawa keamanan dan keselamatan kepada masyarakat melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh GISBH samada di bidang ekonomi, pendidikan, pelancongan, penternakan, pertanian dan lain-lain,” ujar Dr. Kriangsak.
Beliau memuji dan teruja dengan perancangan-perancangan Tn. PE sebab ianya menguntungkan kerajaan Thailand sendiri dan beliau ingin memastikan ianya berjalan dan mendapat sokongan kerajaan.
Di kesempatan pertemuan ini, Dr. Kriangsak menyatakan keuzurannya dari menyertai Majlis Kasih Sayang sempena ulang tahun pertama GISBH di selatan Thailand hari ini kerana ada urusan lain.
Moga perhubungan baik dengan Dr. Kriangsak akan membuka lebih banyak peluang kepada kedua belah pihak untuk mengadakan kerjasama yang memberi faedah bersama.