Pertemuan Pengerusi Eksekutif GISBH dengan Direktur Jenderal Penternakan dan Kesihatan Hewan, Kementerian Pertanian Indonesia

Views: 81

JAKARTA, 05.06.2023
Satu pertemuan di antara Pengerusi Eksekutif GISBH, YDH Tuan Nasiruddin Mohd Ali dan rombongan dengan pihak Direktorat Jenderal Penternakan dan Kesihatan Hewan, Kementerian Pertanian Indonesia yang diketuai oleh Direktur Jeneral Dr. Ir. Nasrullah telah diadakan di sini hari ini.

Pertemuan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Direktorat Jenderal Penternakan dan Kesihatan Hewan, Kementerian Pertanian Republik Indonesia Jalan Harsono, Ragunan Jakarta 12550, Indonesia.

Syarikat GISB Holdings diwakili oleh YDH Tuan Nasiruddin Mohd Ali, YDH Tuan Hasnan Abdul Hamid, Ketua Pegawai Operasi, YDH Tuan Mohd Fadhil Yasin, Pengarah GISBH Indonesia, YBhg Ibu Azura Mohd Yusuf bersama 7 pengiring manakala Ikhwan Fateh Poultry Sdn Bhd diwakili oleh CEOnya, Ybhg Dato’ Marzuki Ramli.

Pihak Direktorat Jenderal Penternakan dan Kesihatan Hewan, Kementerian Pertanian Indonesia pula diwakili oleh Direktur Jenderal Dr. Ir. Nasrullah dan Direktur Peribitan dan Produksi Ternak, drh. Agung Suganda manakala di pihak PT Putra Perkasa Genetika diwakili oleh Komisaris Bapak Ang Hendra.

Di pertemuan ini, pihak GISBH telah mendapat persetujuan dan sokongan daripada Direktur Jenderal Penternakan dan Kesihatan Hewan, Kementerian Pertanian Indonesia, Dr. Ir. Nasrullah dan Direktur Peribitan dan Produksi Ternak, drh. Agung Suganda untuk mengimport ayam dari PT Putra Perkasa Genetika ke Malaysia.

YDH Tuan Nasiruddin Mohd Ali dalam ucapannya menyatakan terima kasih yang sebanyak-banyaknya dan berbesar hati atas sokongan Kementerian Pertanian Republik Indonesia berkaitan kerjasama antara GISBH dengan PT Putra Perkasa Genetika kerana ia adalah kerjasama antara dua negara untuk manfaat bersama dalam menangani krisis bekalan Ayam di Malaysia.

“Pasaran produk poultry Indonesia telah menembusi pasaran ke negara-negara maju seperti Jepun, dan yang terakhir ini adalah Singapura hingga telur dan ayam hidup juga telah masuk ke Singapura. Begitu juga UAE telah bersetuju mengimport ayam dari Indonesia.

“Daripada Malaysia mengambil dari negara lain, mengapa tidak dari negara tetangga (jiran)? Yang sama-sama saudara dan sama-sama Muslim bahkan kosnya lebih dibanding mengambilnya dari Amerika Selatan dan Eropah.

“Kami akan terus membantu untuk melakukan kerjasama lebih kuat lagi antara Indonesia dan Malaysia,” ujar Dr. Ir. Nasrullah.

Dalam ucapan balas oleh YDH Tuan Nasiruddin Mohd Ali, beliau menyatakan bahawa ini merupakan satu kerjasama yang sangat baik antara dua negara sebagai permulaan untuk mengeratkan lagi hubungan walaupun hanya dengan urusan ayam kerana orang Islam wajib mendapatkan perusahaan yang betul-betul bersih dan suci kerana makanan itu membentuk hati, bila hati telah rosak perbuatan seseorang itu sangat-sangat rosak.

“Apa yang kita buat semua ini dengan tujuan yang baik dan kita mohon keredhaan Allah dalam usaha ini,” ujar beliau lagi.

Moga segala usaha pimpinan GISBH khasnya YDH Tuan Nasiruddin Mohd Ali diberkati Allah dan dijayakan agar umat Islam di Malaysia mendapat bekalan ayam yang benar-benar halalan toiyiban.

Views: 81

Reviews for Pertemuan Pengerusi Eksekutif GISBH dengan Direktur Jenderal Penternakan dan Kesihatan Hewan, Kementerian Pertanian Indonesia

There are currently no reviews for Pertemuan Pengerusi Eksekutif GISBH dengan Direktur Jenderal Penternakan dan Kesihatan Hewan, Kementerian Pertanian Indonesia
Scroll to top