MOSCOW, 12 Julai 2024
Satu pertemuan di antara Pengerusi Eksekutif (PE) GISB Holdings Sdn Bhd, YBhg Tn. Hj. Nasiruddin Mohd Ali dengan Duta Besar Malaysia ke Rusia, TYT Dato’ Cheong Loon Lai telah diadakan di Restoran Venskaya Skazka di sini baru-baru ini.
TYT Dato’ Duta yang berasal dari Melaka, telah beberapa kali berjumpa dengan PE GISBH, termasuk di Kazan Ekspo sebelum ini. Beliau juga pernah bertemu dengan wakil GISBH buat pertama kali Februari lepas.
Dalam pertemuan kali ini, perbualan lebih banyak tertumpu pada pengalaman TYT Dato’ Duta di Rusia, di mana beliau telah dua kali berkhidmat sebagai duta di negara tersebut.
Beliau turut menceritakan bagaimana Barat sering memutar belit berita untuk memburukkan imej Rusia.
TYT Dato Duta juga merasa sangat berbesar hati dengan kehadiran GISBH membawa imej Malaysia bersama motorhome di Rusia.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada PE GISBH atas pemilihan Dagestan sebagai destinasi pilihan, memandangkan beliau sendiri pernah sampai ke Dagestan dan bertemu dengan Menteri Pelancongan Dagestan.
Turut serta dalam pertemuan ini ialah En. Khaifil Elmi Jamil,
Trade Commissioner (TC) dan pegawai Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE) di mana antara perkara yang dibincangkan ialah minat GISBH untuk membuka premis Ikhwan Mart dan Kafe di Moscow.
En. Khaifil mengakui kejayaan GISBH apabila beliau sendiri pernah mengunjungi Restoran Nur Muhammad milik GISBH di Istanbul, Turkiye yang sering penuh dengan pengunjung.
Sebagai pegawai MATRADE, beliau turut memberi panduan untuk berniaga mengikut undang-undang dan prosedur biasa di Rusia yang telah pun GISBH lalui di negara-negara lain.
Pertemuan mesra tersebut diakhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai.
Moga semua perhubungan dan kemesraan antara GISBH dengan para wakil kerajaan Malaysia di luar negara menguatkan ikatan sesama warga Malaysia sesuai dengan moto GISBH, Silaturrahim: Ziarah, Dakwah dan Tijarah.