PATTANI, 30 Ogos 2024- Satu Pertemuan tidak rasmi antara YBhg Datuk Hj. Nasiruddin Mohd Ali, Pengerusi Eksekutif GISB Holdings, dan YAB Syeikh Arun Boonchum, Sheikhul Islam Thailand (Chula) berlangsung ketika sarapan pagi di Hotel CS Pattani, di sini hari ini.
Di pertemuan tersebut, YBhg Datuk Hj Nasiruddin sempat berbual-bual dengan Sheikhul Islam pelbagai perkara, termasuk mengenai perkembangan terkini GISBH khususnya Ekspedisi Silaturrahim; Ziarah, Dakwah dan Tijarah yang sedang berlangsung di Thailand.
Hubungan baik yang telah lama terjalin antara GISBH dengan pihak berkuasa agama di Thailand bertambah akrab dengan pertemuan ini.
Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah Yang Dipertua Majlis Agama Islam Wilayah Pattani, Dr. Abdulrahman Dawud, yang turut mengambil peluang untuk bertukar pandangan dengan kedua-dua pemimpin ini.
Pertemuan ini diharapkan dapat memperkukuhkan lagi hubungan antara GISB Holdings dengan komuniti Islam di Thailand, serta membuka ruang kerjasama yang lebih erat pada masa hadapan.
YAB Arun Muhammad Jalaluddin
(Bunchonm) dilantik secara rasmi sebagai Syeikhul Islam Thailand ke-19 oleh Raja Washira Longkorn pada 24 Januari 2024.
Chula Rajamontri ialah gelaran untuk Syeikhul Islam atau Mufti di Thailand. Menurut Akta Pentadbiran Badan Islam 1997, Chula Rajamontri dilantik oleh Raja atas nasihat Perdana Menteri. Beliau mempunyai kuasa untuk mengurus tadbir semua urusan yang berkaitan dengan Islam di negara itu; dan menyediakan nasihat mengenai ehwal Islam kepada badan pemerintah.
Diharap akan berlaku pertemuan rasmi antara kedua pihak yang memberi lebih ruang untuk membincangkan pelbagai perkara untuk kebaikan umat Islam.