KUALA LUMPUR, 02.07.2022
En Fakhrul Nizam Senior Manager Agribusiness dan rombongannya mewakili ECERDEC telah mengadakan satu pertemuan dengan YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten, CEO GISBH di restoran Ikhwan Delight Sg. Penchala di sini beberapa hari yang lalu.
Majlis selama 2.30 jam itu di hadiri oleh 4 orang wakil dari ECERDC termasuk bahagian pelaburannya manakala GISBH diwakili oleh 5 orang pegawai-pegawainya.
ECERDC atau East Coast Economic Region Development Council merupakan sebuah Agensi Khas di bawah Jabatan Perdana Menteri yang ditubuhkan pada tahun 2007 untuk mengendalikan projek-projek berimpak tinggi yang dibangunkan dikawasan-kawasan yang berpotensi.
Ianya dipengerusikan sendiri oleh Perdana Menteri dan dibantu oleh 4 orang Menteri Besar iaitu dari negeri Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan.
Council atau Majlis yang juga disertai beberapa buah kementerian dan jabatan kerajaan yang utama ini melibatkan pelbagai aktiviti perniagaan seperti penternakan lembu, kambing, ikan, pertanian, perkilangan, halal park dan juga pelancongan.
Setelah menonton tayangan video profil GISBH, pihak ECERDC membuat pembentangan secara umum projek-projek di bawah ECERDC samada yang telah berjalan, masih dalam pembinaan juga yang akan dilaksanakan.
Menurut En Fakhrul Nizam, untuk menjayakan kesemua projek yang dibuat, pihak ECERDC mencari pelabur dan syarikat yang berpengalaman, berdaya saing serta berpotensi terutama sekali dalm melaksanakan projek-projek berimpak tinggi bagi memastikan ianya berjaya.
Oleh itu pemantauan kerap dibuat supaya setiap permasalahan dapat diselesaikan segera oleh semua pihak yang terlibat.
Pihak ECERDC mula berkenalan dengan GISBH melalui Unit Maritime GISBH yang menangkap ikan laut dalam di Tok Bali.
GISBH merupakan satu-satunya syarikat Melayu Bumiputra yang mengendalikan bot atau vessel yang menggunakan sepenuhnya awak-awak dari kalangan anak-anak muda tempatan warga negara Malaysia sedangkan hampir kesemua bot laut dalam di Tok Bali menggunakan tenaga tekong dan awak-awak dari Thailand, Vietnam, Laos dan Kemboja.
Bermula dari perkenalan inilah ECERDC memohon untuk bertemu dengan CEO GISBH bagi menawarkan pelbagai projek yang boleh dibuat kerjasama seterusnya.
Di pertemuan ini, YH Dato’ CEO GISBH berkongsi pengalaman dan beberapa dasar GISBH seperti GISBH tidak membuat sebarang pinjaman kepada mana-mana bank. Perkembangan perniagaannya berjalan secara organik dan semua projek dicetuskan dari pembiayaan dalaman dan mengikut prioriti serta kemampuan yang ada.
Menurutnya lagi, untuk menjimatkan kos, kesemua pembangunan premis seperti restoran dibuat sendiri oleh team pembangunan GISBH dan kejuteraannya.
Antara perkara yang turut dibincangkan ialah permasalahan negara terutamanya berkait isu ‘food security’ yang melibatkan makanan asas seperti ayam, ikan, lembu dan jagung.
Pihak ECERDC bersedia membantu pihak GISBH sekiranya ada keperluan kepada tanah yang luas untuk pertanian dan penternakan lembu, kambing dan ikan.
Di samping itu, pihak ECERDC juga menawarkan projek yang sedia ada kemudahannya untuk dikendalikan.
Majlis ditutup dengan jamuan makan dan pemberian saguhati berupa produk GISBH kepada wakil ECERDC yang hadir.
Moga-moga kerjasama yang baik diantara kedua pihak akan menjadi kenyataan untuk kebaikan masyarakat dan negara.