Pertemuan wakil GISBH dengan Menteri Kehakiman Thailand

Views: 161

SONGKHLA, 16 Julai 2024
Satu pertemuan antara wakil GISBH dengan Menteri Kehakiman Thailand, Kolonel Police Tawee Sodsong telah berlangsung di Pondok Jalanan Baru di Kolae Nang, di sini baru-baru ini.

Antara peranan Menteri Kehakiman khususnya di selatan Thailand adalah mendekati para penduduk dan mencari sebab-sebab yang boleh mengurangkan krisis di kawasan yang pernah bergolak ini.

Kedatangan GISBH membawa moto Silaturrahim: Ziarah, Dakwah dan Tijarah dan membawa teknologi ternakan ayam tanpa vaksin dan antibiotik untuk memastikan bekalan ayam halal membawa sinar baru di sini.

Ia juga bakal memberi peluang pekerjaan dan membantu meninggikan taraf hidup penduduk jika dapat dilaksanakan dengan baik.

GISBH diwakili YBhg. Tn. Syarif Hidayatullah Che Khairil Anwar, Tn. Hj. Mokhtar Tajuddin, Tn. Maarof Kassim dan beberapa orang staf remaja.

Menteri Kehakiman ini juga bertanggung jawab dalam menangani masalah dadah di dalam masyarakat.

Apabila dijelaskan kepada beliau kaedah Pengerusi Eksekutif GISBH, YBhg. Tn. Hj. Nasiruddin Mohd Ali melalui projek menternak ayam, kita dapat mendidik manusia atau ‘Ternak ayam dapat ternak orang’, sangat menarik beliau.

Dalam lain perkataan, dengan memberi kasih sayang kepada haiwan, ia adalah satu terapi untuk para pelatih mengenal diri, merawat diri dan dapat menjauhkan dari dadah.

Di antara persetujuan awal dalam pertemuan ini ialah keinginan menjalankan kerjasama projek ternakan ayam di antara GISBH dan pondok tersebut yang mendapat sokongan menteri tersebut malah beliau ingin datang semula meninjau projek itu nanti.

Di majlis ini, pihak GISBH menghidangan kepada para tetamu roti canai dan Ayam Sihat Ikhwan yang dimasak tanpa minyak, garam dan kunyit. Ia terbukti sedap dan mereka gembira menikmatinya.

Pelajar-pelajar Pondok Jalanan pula menghiburkan Menteri Kehakiman dan para tetamu yang hadir dengan persembahan nasyid ‘Terima Kasih Tuhan’ setelah mendapat latihan daripada remaja GISBH.

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati berupa hamper produk Ikhwan dan frame sajak ‘Terima Kasih Tuhan’ kepada Menteri Kehakiman daripada Tn. Syarif mewakili Pengerusi Eksekutif GISBH dan sesi bergambar beramai-ramai.

Moga pertemuan ini dan kerjasama yang akan dijalankan Allah berkati dan jayakan dan memberi faedah kepada dua belah pihak dan umum masyarakat Islam di Songkhla.

Views: 161
Scroll to top