MEKAH, 12.11.2023
Wakil-wakil GISBH Mekah mengambil peluang bertemu dengan PM Malaysia, YAB DS Anwar Ibrahim ketika beliau dan rombongan mengadakan pertemuan dengan pelajar-pelajar Malaysia di Saudi di Restoran DSaji bangunan Sofwah dekat Masjidil Haram di sini hari ini.
DS Anwar sampai ke lokasi jam 8.30 malam bersama Menteri Luar, Dato’ Seri DiRaja Zambry Abdul Kadir dan Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil diiringi pegawai keselamatan Malaysia dan Saudi disambut pegawai-pegawai konsulat yang telah sedia ada.
Wakil GISBH, En Ikrimah Abdul Rashid sempat bertemu PM lalu memperkenalkan diri sebagai wakil Global Ikhwan dan menyampaikan salam daripada Pengerusi Eksekutif GISBH, YBhg Tuan Hj Nasiruddin Mohd Ali dan mempelawa beliau ke Wadi Berkat Dato’ Ibu Hudaibiyah (WBDIH) di mana terdapat restoran, chalet dan ladang ternak haiwan-haiwan kesayangan Rasulullah SAW milik GISBH di Saudi.
Respon DS PM, “Ooo Global Ikhwan,” dan menjawab salam lalu memegang lengan wakil GISBH sambil berjalan. DS Anwar mengatakan beliau tidak sempat untuk melawat WBDIH kerana
penerbangannya esok.
DS PM makan bersama pelajar-pelajar, menteri yang mengiringi serta beramah mesra dengan mereka yang bersama dalam majlis dengan hidangan juadah yang sebahagiannya disediakan oleh cawangan restoran GISBH, Nur Malaysia Al-Haram.
Beliau juga melayani melayani orang Ranau yang datang untuk bergambar dan bersalam dengannya walaupun dikawal ketat oleh pihak keselamatan.
Wakil GISBH juga berpeluang bergambar dengan DS PM dan menyerahkan hadiah berupa Jus Ikhwan kepada pegawai pengawal peribadi beliau.
Walaupun pihak GISBH dimaklumkan YAB PM ingin melawat ke restoran Nur Malaysia Al-Haram yang berada tidak jauh dari situ tetapi terpaksa dibatalkan di saat akhir kerana rombongan mengikut jadual asal terikat dengan kawalan keselamatan pihak Saudi.
Kemudian rombongan terus keluar dari bangunan Manara Sofwa menuju ke istana tetamu di raja bersebelahan Masjidil Haram.
Moga keberadaan GISBH melalui cawangan perniagaannya di luar negara dapat memberi khidmat kepada para pelanggan khasnya warga Malaysia yang rindukan masakan tanah air.