Perutusan Awal Ramadhan 1444H, Tuan Chairman GISBH mengajak umat Islam menghayati Ramadhan tahun ini

Views: 8

SYDNEY, 25.03.2023
YBhg Tuan Nasiruddin Mohd Ali, Executive Chairman GISBH mengajak seluruh umat Islam bersyukur kepada Allah yang mengizinkan kita berada di bulan Ramadhan tahun ini dan menyeru semua untuk sama-sama menghayati bulan yang penuh berkat ini dalam Perutusan Awal Ramadhan yang disampaikannya di sini, baru-baru ini.

“Ramadhan adalah bulan rahmat, bulan keberkatan, bulan digandakan pahala setiap amalan dan bulan yang ditunggu-tunggu oleh para kekasih Allah.

“Ramadhan juga adalah bulan operasi membersihkan hati dari sifat-sifat keji atau sifat-sifat Mazmumah.

“Matlamat puasa adalah membawa manusia kembali kepada fitrah hati yang suci, oleh yang demikian Ramadhan turut dikenali sebagai bulan penyuci jiwa.

“Firman Allah, “Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang menyucikan jiwa.”
Surah Asy Syam: 9
Begitulah antara ucapan beliau dalam rakaman perutusan tersebut.

Beliau mengajak seluruh umat Islam khasnya para staf GISBH mengkoreksi operasi pembersihan jiwa yang dilaksanakan saban tahun di bulan Ramadhan tetapi tidak menghasilkan kesan yang optimum.

Beliau yang berada di Australia untuk lawatan kerja setelah lama berada di Thailand kemudian ke Malaysia dan Saudi Arabia, mewakili seluruh kepimpinan dan staf GISBH mengambil kesempatan mengucapkan ‘Selamat menghayati Ramadhan Al Mubarak 1444H’ kepada seluruh umat Islam.

Rakaman penuh ‘Perutusan Awal Ramadhan’ beliau boleh diikuti di https://youtu.be/rdFO_YEgf7A.

Views: 8

Reviews for Perutusan Awal Ramadhan 1444H, Tuan Chairman GISBH mengajak umat Islam menghayati Ramadhan tahun ini

There are currently no reviews for Perutusan Awal Ramadhan 1444H, Tuan Chairman GISBH mengajak umat Islam menghayati Ramadhan tahun ini
Scroll to top