PATTANI, 11.12.2023
Pesuruhjaya Pelancongan Thailand, Dr. Kriangsak Saengchan dan Pengerusi Persatuan Perikanan Pattani, Pn. Ankate Leelapaiboon dan AJKnya telah mengadakan pertemuan dengan Pengarah Zon GISBH Pattani, YBhg Tn. Mohd Aminuddin Sani dan pasukannya di Restoran Ikhwan Delights Pattani, di sini baru-baru ini.
Dr. Kriangsak hadir bersama 5 orang daripada persatuan perikanan tersebut manakala Tn. Mohd Amin mewakili YBhg. Pengerusi Eksekutif (PE) GISBH, Tn. Hj. Nasiruddin Mohd Ali ditemani pimpinan GISBH Pattani merangkap penterjemah, En. Maaruf Kasim dan En. Ashaari Adam serta beberapa orang yang lain.
Tiba di restoran kira-kira jam 9 malam, Dr Kriangsak yang telah mengenali GISBH dan bertemu dengan Tn. PE dan para ALP terus memperkenalkan syarikat GISBH pada Pn. Ankate dan kawan-kawannya dengan dibantu oleh En. Maaruf.
Mereka dihidang dengan menu ringan iaitu sup cendawan, garlic bread, creamy zuppamare soup dan jus Ikhwan yang diimport dari Makkah dan telah dipasarkan ke 40 buah negara.
Selepas mendengar taklimat dan penerangan tentang syarikat GISBH, Pn. Ankate memperkenalkan kepada wakil-wakil GISBH mengenai aktiviti Persatuan Perikanan Pattani dan pasukannya.
Antaranya menurut beliau, Pelabuhan Ikan Pattani adalah salah satu pelabuhan atau jeti pendaratan ikan yang terbaik di rantau ini yang mengendalikan kapal nelayan yang sangat banyak.
Ia mempunyai kelengkapan pasarana perikanan yang boleh menampung beratus-ratus kapal nelayan dalam satu masa, mempunyai limbungan untuk baik pulih bot nelayan dengan pakar-pakar yang berpengalaman mampu membaiki kapal nelayan laut dalam.
Bot-bot laut dalam sangat banyak di pelabuhan Pattani. Industri hiliran perikanan juga banyak di sini yang membolehkan penjualan ikan dalam kuantiti yang banyak dibuat dalam waktu yang singkat.
Dengan sumber produk dari ikan yang banyak, Pattani dapat menampung keperluan industri makanan yang berasaskan ikan dan hasil laut.
Persatuan Perikanan Pattani sendiri mempunyai pasukan nelayan yang berpengalaman dan memiliki ratusan buah kapal nelayan di Malaysia dan Thailand, juga mempunyai pengalaman menangkap ikan di perairan Thailand, Malaysia dan Indonesia.
Bertemu wakil-wakil GISBH, pasukan beliau mengambil peluang meluahkan permasalahan yang berlaku disebabkan undang-undang perikanan dan maritim yang menyusahkan pengurusan menangkap ikan.
Walaupun majoriti para nelayan di sini di kalangan orang miskin dan tidak berpelajaran tinggi tetapi mereka mempunyai pengalaman luas dan mempunyai kepakaran dalam penangkapan ikan hingga diktiraf oleh pihak yang terlibat dengan perikanan di Malaysia dan Indonesia.
Dr Kriangsak mencadangkan agar diadakan kerjasama di antara GISBH dengan Persatuan Perikanan Pattani khususnya berkaitan perhubungan dengan pihak kerajaan Malaysia dan Indonesia dalam urusan maritim dan perikanan antarabangsa.
Beliau juga mencadangkan pihak perikanan Thailand membuat persiapan khususnya di Pattani yang akan menjadi apa yang dikata sebagai ‘Dapur Halal Dunia’ atau sebagai hub mengekspot produk halal ke pasaran dunia dengan kerjasama GISBH yang mempunyai cawangan di 19 buah negara.
Para tetamu sangat mengkagumi Tn. PE GISBH yang mempunyai wawasan yang luas mencakupi industri perikanan dan mempunyai visi berkaitan keterjaminan maknanan untuk selamatkan penduduk dunia dari ancaman krisis makanan.
Sebelum bersurai, pihak Persatuan Perikanan Pattani menjemput wakil-wakil GISBH untuk melawat pejabat pentadbiran mereka juga jeti pendaratan ikan dan pelabuhan di Pattani dan majlis ditutup dengan sesi bergambar juga lawatan ke ruang pameran produk-produk Ikhwan di restoran tersebut.
Moga hubungan baik GISBH dengan semua pihak di Pattani akan memberi kesan positif demi kemajuan Islam dan umatnya di sini.