Pimpinan GISBH Thailand menziarahi Tokca Pra Acan Rewat di Panare

Views: 594

PATTANI, 24.06.2024
Seramai 8 orang warga GISBH Thailand, diketuai oleh YBhg. Tn. Hj. Ahmad Anuar Abdul Rahman, Tn. Syarif Hidayatullah Che Khairil Anuar dan Tn. Hj. Mokhtar Tajuddin telah pergi ke Wat Thep Nimit, Mukim Banklang, Daerah Panare untuk menziarahi Pra Acan Rewat, seorang sami Buddha di sini hari ini.

Beliau yang dikenali sebagai Tok Wak berasal dari Tak Bai, Narathiwat, dibesarkan dalam masyarakat Melayu Islam dan fasih bertutur dalam bahasa Melayu Pattani dan berminat dengan ajaran Islam.

Pimpinan GISB berkongsi dengannya bahawa Pengerusi Eksekutif GISBH, Tn. Hj. Nasiruddin Mohd Ali mengajak semua pihak memperjuangkan kasih sayang kerana ia adalah kunci perpaduan sejagat dan Tok Wak menyetujuinya.

Beliau juga mempunyai kemahiran dan pengalaman membela gajah dan mempunyai tiga ekor gajah.

Moga hubungan baik dengan semua pihak menjadi sebab Allah datangkan berkat dan rahmat serta membuka pintu hidayah dan taufik-Nya kepada hamba-hamba yang dikehendaki-Nya.

Views: 594

Reviews for Pimpinan GISBH Thailand menziarahi Tokca Pra Acan Rewat di Panare

There are currently no reviews for Pimpinan GISBH Thailand menziarahi Tokca Pra Acan Rewat di Panare
Scroll to top