PM singgah di Kafe GISBH dalam Pavilion Malaysia di EXPO Dubai

  • March 31, 2022
Views: 8

DUBAI, 30.03.2022
Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob yang singgah di sini dalam penerbangan pulang daripada lawatan rasmi tiga hari ke Qatar meluangkan masa berkunjung ke Kafe Nur Malaysia di Pavillion Malaysia di EXPO 2020.

Beliau yang diiringi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Luar, Dato Sri Saifuddin Abdullah juga sempat menikmati hidangan teh tarik dan kuih muih di kafe bawah kendalian Restoran Nur Malaysia Dubai salah satu daripada 118 buah rangkaian restoran GISBH di seluruh dunia.

Setelah diperkenalkan bahawa kafe ini milik syarikat GISBH, YAB Perdana Menteri bertanya lanjut adakah GISBH juga punyai premis perniagaan di Dubai lalu beliau dimaklumkan bahawa GISBH mempunyai sebuah restoran yang telah bertapak selama tujuh tahun di Bandaraya Dubai.

Selain berbangga dengan keberadaan restoran Malaysia di Dubai, beliau turut memuji keenakan teh tarik Nur Malaysia;
“Kalah kedai mamak!” komen beliau sambil tersenyum.

Moga semua tenaga kerja GISBH terus berusaha memberi khidmat sebaik dan sebanyaknya kepada orang ramai sebagai menyahut seruan pimpinan GISBH kerana kita tidak tahu siapa yang akan menerima khidmat tersebut agar semuanya dibawa kepada cinta Allah dan Rasul-Nya.

Views: 8

Reviews for PM singgah di Kafe GISBH dalam Pavilion Malaysia di EXPO Dubai

There are currently no reviews for PM singgah di Kafe GISBH dalam Pavilion Malaysia di EXPO Dubai
Scroll to top