PPI BCH dikunjungi tetamu dari Filipina

Views: 16

RAWANG, 02.08.2022
Dua orang tetamu dari Marawi City, Filipina, Mr. Nassir Nuska dan Ms. Baicon@Raheemah telah berkunjung ke Pusat Perniagaan Ikhwan Bandar Country Homes (PPI BCH), di sini baru-baru ini.

Mereka diiringi oleh rakan kongsi di Malaysia, pemilik perniagaan Khalifah Adil Selatan Resources, Ustaz Hj. Mohd Halim Abu Nawar dan isteri.

Ustaz Halim seorang pesara guru dan sekarang menjadi pengajar pengajian agama di sekitar Jelebu, Negeri Sembilan namun selalu ke Cebu, Filipina atas urusan dakwah dan kemasyarakatan dan berniaga.

Mr. Nassir dan isteri pula adalah usahawan yang mengimport barang-barang dari Malaysia ke Filipina. Antara barang yang mereka import dari Malaysia ialah satu kontena kopi habbatus sawda setiap tiga bulan.

Mereka berdua sering ke Malaysia kerana seramai empat orang anak-anak mereka bersekolah Tahfiz di Hulu Langat, Selangor.

Tujuan lawatan mereka ke PPI BCH adalah untuk mengenali GISBH dengan lebih dekat dan berhasrat untuk mengadakan kerjasama dengan GISBH dalam urusan dakwah dan perniagaan di Filipina.

Setelah menonton video profil GISBH Mr. Nassir sangat teruja dan mengatakan sangat kagum dengan syarikat GISBH memandangkan beliau memang sedang mencari sebuah syarikat Islam yang aktif dalam bidang dakwah dan perniagaan untuk dibawa produk sambil berdakwah di sana.

Setelah dibawa melawat ke premis-premis perniagaan termasuk Galeri Ikhwan, Ikhwan Choclate, Ais Krim Ikhwan, Pusat Kesihatan Ikhwan dan minum petang di Ikhwan Coffee House, para tetamu sangat gembira dan mempelawa GISBH untuk berkunjung ke Filipina terutamanya ke Marawi City.

Mereka mengatakan sejak Filipina mempunyai presiden baharu iaitu anak kepada Marcos banyak peluang dakwah dan perniagaan boleh diusahakan terutama dari Malaysia.

Mereka juga mempelawa GISBH menghadiri program Trade Fair & Halal Expo di MSU Philipinnes
yang akan diadakan di Marawi City.

Setelah pemberian cenderahati dan bergambar, para tetamu beransur pulang dengan azam akan meneruskan perhubungan.

Moga setiap tetamu yang berkunjung ke PPI BCH walau dari mana dan apa tujuan sekalipun akan mendapat sentuhan kasih sayang dan menguatkan ikatan persaudaraan Islam yang boleh menjadi kekuatan kepada umat Islam.

Views: 16

Reviews for PPI BCH dikunjungi tetamu dari Filipina

There are currently no reviews for PPI BCH dikunjungi tetamu dari Filipina
Scroll to top