PARIS, 10.12.2023
Premier Sarawak (Ketua Menteri), YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg telah berkunjung untuk menikmati juadah makan malam di Restoran Nur Malaysia Paris bersama keluarga dan staf Jabatan Premier Sarawak, di sini hari ini.
Kedatangan beliau adalah kerana mengetuai delegasi dari Sarawak atas lawatan kerja rasmi ke Perancis selama 3 hari.
Tetamu sampai ke restoran jam 8 malam tanpa dimaklumkan ada YAB Premier Sarawak tetapi apabila bertemu staf Restoran Nur Malaysia segera mengenali beliau lalu menyambut mesra YAB dan rombongan termasuk keluarga dan staf Premier Sarawak berjumlah 16 orang semuanya.
Sebaik duduk dan menikmati hidangan para tetamu ditontonkan dengan tayangan TV Ikhwan daripada pelbagai segmen termasuk Profil GISB Holdings Sdn Bhd, video Ayam Sihat Ikhwan, kunjungan Shehzade Abdul Hamid ke PPIBCH, video di Wadi Berkat Dato’ Ibu Hudaibiyah dan lain-lain. YAB Premier kelihatan memberi tumpuan khususnya kepada tayangan video profil GISBH.
Antara menu makanan yang ditempah ialah kari kepala ikan, udang masak lemak cili padi, ikan goreng, telur dadar, sayur campur, kangkung belacan, nasi goreng ayam, nasi lemak, mi goreng mamak, minuman teh tarik, Nescafe tarik, bandung cincau dan teh ais limau.
Wakil GISBH sempat bertanyakan YAB Tan Sri berkenaan makanan yang dihidangkan dan beliau dengan mesra memberi pandanganya.
“Saya mengucap tahniah kepada kumpulan Ikhwan kerana dapat berniaga di luar negara. Walaupun mungkin pada mulanya menghadapi cabaran tetapi dapat menyelesaikan cabaran tersebut.
“Yang pentingnya kita dapat mempromosikan makanan kita ke luar negara, di samping itu, mungkin dari sudut Ikhwan, dapat sedikit sebanyak menjalankan kegiatan kebajikan dan dakwah di tempat-tempat di mana kita beroperasi,” ujar beliau yang mengucapkan tahniah sekali lagi di akhir ucapannya.
Moga dengan sokongan semua, cita-cita Pengerusi Eksekutif GISBH, YBhg Tn Hj Nasiruddin Mohd Ali untuk memberi sebanyak-banyak khidmat kepada masyarakat agar yang bukan Islam diberi hidayah dan yang beragama Islam semakin kuat keislamannya, menjadi realiti di seluruh pelusuk dunia termasuk di Eropah.