KRUNGTHEP MAHANAKHON, 28.03.2023
Presiden Persatuan Persekutuan Muslimah Thailand, Puan Zamera Palalay telah berkunjung ke Love & Care Ikhwan Restoran dan menikmati jamuan makan malam bersama para staf GISBH termasuk Ahli Lembaga Penasihat GISBH, YBhg Tuan Ahmad Anuar Abd Rahman di sini baru-baru ini.
Puan Zamera yang juga seorang usahanita beras melalui sebuah syarikat miliknya, Zamera Rice,
datang bersama anak dan seorang stafnya.
Syarikatnya yang beroperasi sejak tahun 2003 dengan visi membina hubungan baik dan bekerja rapat untuk kesejahteraan orang Islam dan mempromosikan keluarga petani Muslim Thailand sedang mencari peluang untuk mengembangkan operasi perniagaannya secara global di negara-negara Islam.
Syarikat Zamera Rice mengeksport beras Jasmine dari Thailand yang dibekalkan oleh kilang beras Thai tempatan di Khon Kaen, tetapi sawah padinya ditanam dan dituai di tanah wilayah Surin.
Beras Thai Jasmine jenama Zamera ini telah menerima pensijilan halal, GMP, HACCP, dan tanda pensijilan Thai Hommali Rice daripada jabatan perdagangan asing sebagai bukti komitmen Syarikat Zamera Rice menghasilkan beras berkualiti tinggi yang memenuhi piawaian antarabangsa.
Melalui seorang kenalan GISBH, Dato’ Nazri yang ingin sample beras dari Syarikat Zamera Rice, Puan Zamera datang sendiri ke Love & Care Ikhwan Restaurant menyerahkan sample berasnya dan berkenalan dengan GISBH melalui penerangan daripada YDH Tuan Ahmad Anuar Abdul Rahman, ALP GISBH dan Tuan Mokhtar Tajuddin dan tayangan video profil GISBH.
Beliau yang teruja dengan perkembangan GISBH ingin meneruskan kerjasama perniagaan eksport beras dan daging Frozen memandangkan syarikatnya sudah sedia mempunyai kedua produk ini.
Apabila melihat majlis sambutan ulang tahun kelahiran seorang staf GISBH di restoran ini, Puan Zamera menyatakan inilah kali pertama beliau melihat ulang tahun kelahiran boleh disambut secara Islamik, serentak memberi kegembiraan, keinsafan dan membina kasih sayang.
Beliau ingin meniru acara sambutan begini di dalam organisasi Persatuan Persekutuan Muslimah Thailand yang beliau ketuai.
Di majlis ini juga wakil-wakil GISBH menerangkan produk Ayam Sihat Ikhwan kepadanya dan menghadiahkannya seekor ayam bulat Ikhwan manakala Puan Zamera pula menghadiahkan GISBH satu beg Beras Thai Jasmine jenama Zamera lima kilogram.
Umpama pertukaran ‘Nasi dengan lauk,’ Puan Zamera berminat untuk memasarkan Ayam Sihat Ikhwan di Thailand.
Pertemuan diakhiri dengan penyerahan cenderahati berupa produk kuih raya Ikhwan dan bergambar kenangan.