PASIR PUTEH, 01.07.2023
Ketua Pegawai Penyelaras GISBH merangkap Presiden Remaja Pembela Ummah (RPU), sayap belia GISBH, YDH Tuan Muhammad Adib At-Tamimi mengetuai perancangan dan gerak kerja pembangunan semula Bandar Ikhwan Gong Kulim (BIGK) di sini baru-baru ini.
Turut bersama Presiden RPU, para Pengarah Negeri, Remaja Pembela Ummah Lelaki (RPUL), Remaja Pembela Ummah Perempuan (RPUM) dan warga BIGK di semua peringkat umur.
Untuk menyelaraskan kerja, Tuan Adib membahagikan tanah BIGK kepada 10 zon meliputi pondok pengawal, pembangunan paddock, bangunan premis, sangkar burung, tanah lapang, stable, membangunkan tempat mandi kuda, cat paddock, ramp di kolam untuk kuda turun, kemas kini gazebo, baiki kerosakan taman, kemas kini rumah tauge dan kandang kambing, menyambung pembangunan tandas lama dan membuat dapur bawah tanah.
Antara cadangan menarik daripada Tuan Adib adalah mengubah suai konsep tandas kepada tandas dalam taman memandangkan telah ada pokok ceri rendang yang tumbuh di situ di mana akan disiapkan ada 3 tandas berbumbung dan satu kawasan mandi terbuka yang akan dipasang jaring agar dapat memerangkap daun-daun dari gugur ke lantai.
Ketika lori yang membawa batu bata merah untuk membina dapur bawah tanah sampai ke BIGK dan pemandunya ingin menurunkan bata tersebut dengan cara menuangkannya yang akan menyebabkan banyak bata akan patah, Tuan Adib memberi panduan agar diturunkan satu-satu secara gotong royong.
Malah Tuan Adib mengajak semua yang bergotong royong itu berkerja dengan senyap, pantas sambil berselawat. Ia menarik perhatian driver dan pembantu lori hingga mendorong mereka merakam video kerana dalam masa yang singkat, semua batu bata tersebut telah tersusun di bawah malah Presiden RPU sendiri turun tangan membantu.
Atas dasar prihatin terhadap pembangunan semula dan pemulihan BIGK, YDH Tuan Pengerusi Eksekutif sendiri mengeluarkan belanja menanggung kos pembangunan yang memerlukan kos yang bukan sedikit.
Tugas-tugas pembangunan dibuat siang malam malah sampai jam 3 pagi untuk memastikan ianya segera disiapkan sebelum perayaan Aidil Adha yang hampir menjelang.
Presiden RPU juga memerhati dan menilai sikap dan akhlak seluruh warga BIGK hingga anak kecil dan para muslimah sekalipun samada ada berkaitan ibadah seperti penghalusan sembahyang atau sikap sombong yang masih dipertahankan juga tiada perhubungan, kemesraan dan laporan sesama ahli dan dengan pemimpin yang kesemuanya itu mencacatkan keindahan sebuah bandar Islam sedangkan Islam itu cantik dan indah.
Beliau juga menekankan saranan YDH Pengerusi Eksekutif yang mengajak semua staf GISBH menjadi orang yang ceria, berjiwa, berkualiti dan membahagiakan.
Berkaitan gotong royong pembinaan dapur bawah tanah, Tuan Adib memberi panduan agar ia dibina dengan sebaik-baiknya hingga boleh ditawarkan pakej kepada orang luar menu set kambing bawah tanah Ikhwan.
Dalam keadaan yang sibuk itu, Presiden RPU juga memberi tunjuk ajar menunggang kuda dan bergotong royong membantu menyediakan simen konkrit untuk tiang-tiang paddock kuda.
Antara teguran beliau yang boleh dijadikan panduan bersama ialah berkaitan sembahyang.
“Ramai RPU sembahyang ketika duduk tahiyat dalam keadaan senget dan lembik. Berselawat dalam keadaan melemah dan mengantuk. Kita sebagai pejuang Islam kena ada wibawa, dari berdiri tegak, duduk tahiyat akhir, cara bersalam semua nak kena diambil kira. Ada yang cara jalan pun lemah-lemah tak ada wibawa, sepatutnya hal ini kita jaga. Samada dalam keadaan berseorangan ke atau ramai, kewibawaan Islam yang kita jaga,” tegas beliau.
Begitulah Presiden RPU yang juga Ketua Pegawai Penyelaras GISBH memimpin pembangunan semula BIGK tanpa meninggalkan atau mengutamakan satu sudut dan meremehkan yang lain lalu dipastikan seluruh sudut samada pembangunan insaniahnya, ibadah asasnya, sikap dan perangai buruk, perhubungan dan bekerjasama, kos pembangunan, susunan kerja, malah terjun padang bersama-sama bertugas membantu hingga lahirlah kemesraan, kasih sayang, perpaduan dan keselarasan.
Moga seluruh yang ditunjukkan oleh YDH Tuan Muhammad Adib dapat dijadikan panduan dan contoh untuk ditiru di seluruh cawangan GISBH.