ISTANBUL, 02.12.2023
Presiden Remaja Pembela Ummah (RPU) yang juga Ketua Pegawai Penyelaras GISBH, YBhg Tuan Hj Muhammad Adib At Tamimi telah menerima jemputan daripada Timbalan Presiden Turkiye Gençlik Vakfi Genel (TÜGVA) atau Yayasan Belia Turki untuk melawat ibu pejabatnya di sini hari ini.
Yayasan belia terbesar di Turkiye yang terletak di kawasan Ayub Sultan ini di bawah naungan terus Presiden Republik Turkiye, Recep Tayyip Erdogan dan diasaskan oleh anak beliau sendiri, Mr Bilal Erdogan, yang pernah berkunjung ke restoran GISBH di Istanbul, Nur Muhammad Lokantasi.
Kunjungan ini tercetus apabila pihak TÜGVA mengadakan lawatan ke booth GISBH di Sidang Kemuncak Halal Dunia ke-9 dan Ekspo Halal OIC ke-10 baru-baru ini, di mana mereka tertarik dengan kegiatan dan aktiviti yang dipamerkan di situ.
Tuan Muhammad Adib bersama rombongan Pengarah Zon, Ketua Setiausaha Zon GISBH dan beberapa anggota rombongan tiba di ibu pejabat TUGVA disambut mesra oleh Mr Hj Arif dari TUGVA dan berlaku perbualan mesra dibantu oleh penterjemah dari GISBH, En Luqman Hakim Nizam.
Sebagai yayasan belia terbesar di Turkiye, TUGVA mempunyai cawangan di 81 negeri di Turkiye dengan keahlian seramai 500,000 belia.
Di pertemuan ini, pihak GISBH berpeluang memperkenalkan latar belakang syarikat dan aktiviti RPU melalui tayangan profil dan persembahan nasyid yang menarik perhatian mereka.
Hasil dari itu, pihak TUGVA luahkan bahawa baru mereka faham perkara yang diperlukan dalam yayasan belia ialah pengisian roh.
Turut sama dalam pertemuan ini ialah Timbalan Presiden TUGVA, Mr Muhammed Malik Taylan mewakili presiden yang tidak dapat bersama di dalam majlis.
Program diakhiri dengan penyerahan cenderahati berupa hamper produk-produk keluaran GISBH, plak cawangan GISBH seluruh dunia dan sesi bergambar.
Moga ikatan ukhuwah dan kasih sayang yang baru dibina di antara GISBH khasnya RPU dengan TUGVA akan berterusan dengan kerjasama yang memberi menfaat kepada kedua belah pihak untuk Islam.