Presiden RPU menziarahi usahawan berbangsa Lubnan di Sydney

Views: 22

SYDNEY, 25.05.2023
YDH Tuan Mohd Adib At Tamimi, Presiden Remaja Pembela Ummah (RPU) yang juga merupakan Ketua Pegawai Penyelaras (CCO) GISBH bersama pimpinan muda syarikat telah menziarahi Mr Mustafa al-Omar yang merupakan peminat kuda Arab berbangsa Arab Lubnan yang bermastautin di Australia semenjak kecil di sini, baru-baru ini.

Beliau mempunyai syarikat import dan eksport, syarikat pembinaan dan juga memiliki stable sendiri dengan nama As-Sabeel Arabian khusus untuk pembiakan kuda Arab Asli.

Perkenalan RPU dengan beliau bermula dari pembelian 2 ekor kuda baka Arab Asli dari stable beliau pada pertengahan Ramadhan yang lepas.

Mr Mustafa tertarik dengan akhlak Tuan Adib juga kemahiran beliau dalam melatih dan mengendalikan kuda ‘kosong’ iaitu kuda yg belum terlatih dalam tempoh yang sangat singkat.

Kuda yang baru dibeli itu telah dilatih dan ditunggangi beberapa orang staf Ikhwan Equestrian namun semuanya gagal untuk menjinakkan kuda tersebut.

Salah seekor kuda yang dibeli dari Mr Mustafa diberi nama Hassan Al-Fateh telah dilatih dengan baik oleh Tuan Adib dan apabila di kongsikan video Fateh yang berada di Stable Ikhwan Equestrian, Ladang Berkat Dato’ Ibu, NSW Sydney, Mr Mustafa dan rakannya merasa begitu kagum hingga beliau terus menjemput Tuan Adib bersama seramai-ramai RPU untuk jamuan makan malam di stable miliknya.

Setelah dijamu dengan hidangan nasi Arab Mandy, Mr Mustafa memperkenalkan Tuan Adib kenalan-kenalannya yang mempunyai pelbagai latar belakang berkerjaya profesional di antaranya usahawan, kontraktor dan jurutera.

Salah seorang mereka adalah pemilik Stud Farm besar yang terkenal iaitu Al-Dawla Arabian Stud yang membekalkan baka-baka kuda Arab asli terbaik di Australia dan dieksport ke Eropah untuk tujuan pertunjukan kuda cantik antarabangsa.

Mr Mustafa juga mempertemukan RPU dengan seorang kenalan rapat beliau iaitu Brother Ahmed El Omar yang merupakan seorang pakar berkaitan ilmu tentang kuda termasuk dalam pembakaan mengikut salasiah kuda-kuda baka Arab Asli yang memiliki darah keturunan yg terbaik.

Melalui pengalaman RPU berurusan dengan beberapa orang pemilik kuda Arab sebelum ini, semua mereka mengenali dan mengkagumi kebolehan serta kepakaran Brother Ahmed El-Omar dan mereka menjadikannya tempat rujuk dalam hal pembakaan dan latihan kuda.

Brother Ahmed El-Omar juga merupakan petinju profesional terkenal yang pernah mewakili Australia ke peringkat antarabangsa.

Setelah berkenal-kenalan, Brother Ahmed El-Omar menyatakan kekagumannnya dengan pencapaian RPU dan terus berkongsi maklumat berkaitan dengan sukan sunnah berkuda dan bersungguh-sungguh menjemput Tuan Adib ke ladangnya untuk berkongsi lagi ilmu-ilmu tentang kuda dan tunjukkan kuda-kuda kepunyaannya.

Program malam itu dimeriahkan dengan alunan selawat dan bacaan Al-Quran oleh kawan-kawan Mr Mustafa dan dibalas dengan alunan 2 buah nasyid bahasa Arab oleh para RPU.

YDH Tuan Adib sendiri menghadiahkan sebuah nasyid bertajuk ‘Cinta Mencintai’ dalam bahasa Arab yang sangat diberi perhatian oleh mereka hingga ada yang menitiskan air mata ketika mendengar nasyid yang menceritakan percintaan seorang hamba kepada Allah.

Walaupun suhu sejuk di bawah 5°C, nyalaan unggun api di tengah-tengah bulatan membantu menghangatkan suasana.

Mr Mustafa juga telah memberi kepercayaan kepada Presiden RPU untuk meminjamkan float kuda miliknya untuk kegunaan Ikhwan Equestrian secara percuma.

Semoga dengan kunjungan ini dapat menambah eratkan lagi ikatan silaturrahim dan memberikan kedua belah pihak lebih banyak manfaat bersama khususnya dalam memperjuangkan sukan sunnah berkuda seperti panduan yang selalu diberi oleh Pengerusi Eksekutif GISBH, Tuan Nasiruddin Mohd Ali agar para remaja berperanan dan memberi sebanyak manfaat kepada masyarakat.

Views: 22

Reviews for Presiden RPU menziarahi usahawan berbangsa Lubnan di Sydney

There are currently no reviews for Presiden RPU menziarahi usahawan berbangsa Lubnan di Sydney
Scroll to top