AMMAN, 15.02.2024
Prof. Dato’ Dr. Abdullah Sani, doktor pakar telinga dan tekak atau ENT antara pelanggan yang menikmati katering di Restoran Nur Malaysia Amman (RNMA) di sini baru-baru ini berpuas hati dengan hidangan yang disediakan dan katanya makanan ini yang terbaik kerana rasanya menepati citarasa masakan sebenar Malaysia.
Beliau yang datang ke Jordan melalui Malhas Travel gembira dengan khidmat katering RNMA, salah sebuah rangkaian restoran GISBH di luar negara yang terletak di Jalan Abdallah Ali Al-Lawzi tidak jauh dari Masjid Universiti Jordan.
RNMA, satu-satunya restoran Malaysia di Amman Jordan telah menerima dua tempahan katering dari dua buah agensi pelancongan di sini baru-baru ini.
Kedua-dua agensi pelancongan tersebut, Malhas Travel dan Highlands Travel telah membuat tempahan untuk hidangan para tetamu mereka pada hari yang sama iaitu 13 Febuari 2024.
Menu yang dipilih oleh kedua- dua agensi pelancongan ini adalah nasi tomato, ayam masak merah, dalca daging, acar timun, papedom, bubur kacang hijau, samosa, popia sos, buah-buahan, minuman panas, air mineral dan snek kekacang sebagai kudapan untuk jamuan 39 orang tetamu.
Ini bukanlah kali pertama Syarikat Malhas menempah makanan dengan RNMA.
Mr Ahmad, pemilik Highland Travel pula terhibur dan berpuas hati dengan hidangan dan perkhidmatan yang disediakan RNMA dan menyatakan hasratnya untuk membawa rombongan tetamu lagi dalam masa terdekat.
Highlands Travel merupakan agensi pelancongan yang dikenali dan kerap mengendalikan pakej pelancongan melibatkan para VIP dari Malaysia.
Semoga RNMA akan terus menjadi platfom pertemuan dan penghubung kasih sayang pelbagai kaum dan bangsa agar nampak keindahan Islam pada semua.