Prof. Dr. Bhokin Bhalakula bertemu team yang dicari selama ini

Views: 26

KRUNGTHEP MAHANAKORN, 03.10.2022
Prof. Dr. Bhokin Bhalakula adalah seorang tokoh politik terkenal di Thailand kerana pernah menjawat beberapa jawatan antaranya sebagai Menteri di Jabatan PM di era Perdana Menteri Jen. Chawalit dan di era kerajaan Dr. Taksin Shinnawat pula beliau menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Selain dari itu beliau juga pernah menjadi Menteri Dalam Negeri Thailand dan sekarang diberi kepercayaan sebagai penasihat parti Thai Sang Thai.

Tokoh peguam lulusan Perancis ini bukan mencari kekayaan melalui politik seperti kebanyakan ahli politik yang korup kerana beliau sendiri adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya.

Memiliki perniagaan perhotelan mewah di kawasan tanah tinggi juga taman burung seluas 60 ekar membuktikan tanpa menyertai politik pun kehidupannya sudah sedia selesa.

“Kekayaan di dunia ini cukup untuk semua manusia, malangnya ada yang dapat lebih tetapi tidak mahu berkongsi dengan orang lain.”, antara kata-kata beliau.

Dr. Bhokin yang telah melawat Pusat Perniagaan Ikhwan Bandar Country Homes, Rawang mengatakan, untuk berjaya, perlu tiru model GISBH yang mengutamakan hal-hal ketuhanan dan sedia berkhidmat membantu sesiapa yang dalam kesusahan.

Beliau telah menjemput Pengerusi Eksekutif GISBH, YBhg Tuan Nasiruddin Mohd Ali, CEO GISBH, YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten Abd Rahim Pfordten dan rombongan yang berada di ibu kota Thailand baru-baru ini ke taman burung dan chalet miliknya, Suan Palm Farm di Chachoengsao kira-kira 74 km dari Kota Krungthep.

Dalam pertemuan dengannya, beliau berkata, “Saya punyai macam-macam aset dan kemudahan tetapi saya tidak ada ‘team work’ seperti Tuan Nasir.”

“Hari ini adalah hari paling betuah bagi saya kerana apa yang paling saya cari selama ini saya dapat.”, ujar beliau apabila dapat mengadakan kerjasama dengan GISBH.

Islam adalah agama fitrah, jika diamalkan dalam setiap aspek kehidupan, ia akan menjadi daya tarikan kepada seluruh manusia walaupun yang bukan Islam kerana fitrah semua manusia Tuhan ciptakan sama.

Views: 26

Reviews for Prof. Dr. Bhokin Bhalakula bertemu team yang dicari selama ini

There are currently no reviews for Prof. Dr. Bhokin Bhalakula bertemu team yang dicari selama ini
Scroll to top