Program Berkhatan anjuran bersama Ahli Parlimen Masjid Tanah dan YKPPM

Views: 103

MASJID TANAH, 23.12.2023
Satu program berkhatan anjuran bersama Ahli Parlimen Masjid Tanah, YB Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati Haji Samsudin dan Yayasan Kebajikan Perkhidmatan Perubatan Malaysia (YKPPM) telah diadakan di Pusat Khidmat Rakyat, Ahli Parlimen Masjid Tanah, Taman Bandar Baru, di sini baru-baru ini.

Program disertai 24 kanak-kanak termasuk 7 daripadanya datang secara ‘walk in’, manakala selebihnya telah mendaftar terlebih dahulu.

YB Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati adalah Ahli Parlimen P134 Masjid Tanah sejak Mei 2013 setelah memenanginya pada Pilihanraya Umum Ke-13.

Ini merupakan pertama kali pihaknya bekerjasama dengan YKPPM dan
beliau hadir di sepanjang program ini berlangsung bersama barisan kepimpinan serta stafnya.

YKPPM diketuai oleh Kolonel (B) Dr Mohd Yusof Abu Bakar bersama 7 orang sukarelawan di mana sehari sebelum itu mereka juga telah terlibat dalam program mengkhatankan 23 orang kanak-kanak dari kariah Masjid Melaka Pindah.

YKPPM merupakan sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang banyak mengadakan program kemasyarakatan seperti menyediakan keperluan hidup untuk anak-anak yatim, fakir miskin, asnaf zakat, mengumpul dana untuk pelarian, mangsa bencana alam di peringkat tempatan dan antarabangsa dengan bekerjasama dengan syarikat perniagaan seperti GISBH dan badan-badan kebajikan seperti Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) dan Malaysia Consultative Council of Islamic Organisation (MAPIM).

YB Datuk Wira Mas Ermieyati turut mengambil peluang menjalani rawatan akupuntur bersama barisan kepimpinan dan staf pejabat parlimen kawasan tersebut.

Program diakhiri dengan sesi bergambar bersama YB Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati, barisan kepimpinannya serta para perwakilan dari YKPPM.

Semoga program seperti ini akan menambah eratkan hubungan YKPPM dengan seluruh lapisan masyarakat.

Views: 103

Reviews for Program Berkhatan anjuran bersama Ahli Parlimen Masjid Tanah dan YKPPM

There are currently no reviews for Program Berkhatan anjuran bersama Ahli Parlimen Masjid Tanah dan YKPPM
Scroll to top