Program Berkhatan dan Saringan Kesihatan (CSR) bersempena Israk Mikraj

Views: 5

KUALA LINGGI, 04.02.2023
ADUN Kuala Linggi, YB Tuan Hj. Rosli Abdullah dan pasukannya telah mengadakan pertemuan dengan wakil GISBH dan Yayasan Kebajikan dan Perkhidmatan Perubatan (YKPPM) untuk membincangkan cadangan mengadakan program berkhatan dan Saringan kesihatan bersempena Israk dan Mikraj di Saza Beach Villa & Chalets di sini baru-baru ini.

Antara yang hadir ialah Tn. Hj. Muhammad Musa, Pengerusi JPKK Kuala Linggi dan pasukannya juga Cikgu Noordin bin Ambon, Pengerusi JPKK Kg. Bukit Darat.

GISBH Melaka diwakili oleh En. Salim Latif dan En. Jabbar Che Noh, manakala YKPPM diwakili oleh Dr. (H) Hamzah Othman, Dr Yusof Abu Bakar, Dr Hesham Foad dan En. Mohd Fauzi Sulaiman.

Hasil dari perbincangan, program tersebut dicadangkan akan diadakan pada 25hb dan 26hb Februari 2023, (Sabtu dan Ahad)
bertempat di JAPERUN DUN Kuala Linggi dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Program yang akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka ini adalah anjuran bersama JAPERUN DUN Kuala Linggi, GISB Holding Sdn Bhd dan YKPPM.

Di antara aktiviti yang bakal dijalankan ialah majlis berkhatan, saringan kesihatan (moden dan alternatif), lawatan dan rawatan
pesakit yang terlantar di rumah, pameran aktiviti GISB Holdings Sdn. Bhd. dan YKPPM, jualan produk Ikhwan dan lain-lain, gerai Ikhwan, gerai syarikat TELCO dan aktiviti pentas seperti ceramah dan persembahan.

Pertemuan yang diakhiri dengan jamuan makan malam dan sesi bergambar ini juga diselitkan dengan tayangan profil GISBH dan profil YKPPM.

Moga dengan adanya perbincangan dan kerjasama antara GISBH dan YKPPM dan pelbagai pihak, banyak kebaikan dapat dilaksanakan di tengah masyarakat untuk faedah bersama.

Views: 5

Reviews for Program Berkhatan dan Saringan Kesihatan (CSR) bersempena Israk Mikraj

There are currently no reviews for Program Berkhatan dan Saringan Kesihatan (CSR) bersempena Israk Mikraj
Scroll to top