Program Equestrian di DARC Mencatatkan Prestasi Cemerlang

Views: 347

DENAI ALAM, 25 Ogos- Denai Alam Recreational and Riding Club (DARC) baru-baru ini menjadi tumpuan ramai apabila menganjurkan program Equestrian selama tiga hari berturut-turut dari 23 hingga 25 Ogos.

Program yang dianjurkan buat kali ke-9 tahun ini, telah menarik penyertaan yang memberangsangkan, termasuk dari Ikhwan Equestrian.

Antara tetamu kehormat yang hadir termasuklah YBhg Maj (R) Dato Yap Mou Soon, Setiausaha Kehormat EAM, Khlil Hasan, Pengerusi Jawatankuasa Endurance dari UAE, dan Dr Nisar, CEO Oman Equestrian Federation.

Kehadiran mereka memeriahkan lagi suasana dan memberi sokongan moral kepada para peserta.

Pasukan Ikhwan Equestrian turut mengambil bahagian dalam beberapa kategori pertandingan, antaranya Dressage Preliminary, Dressage Novice, Jumping 40cm – 60cm, Jumping 70cm – 80cm, dan Jumping 90cm – 100cm.

Dalam pertandingan ini, kuda dari Ikhwan Equestrian, Emir Idris Al Baha telah berjaya meraih tempat pertama dalam kategori Dressage Preliminary, tempat kedua dalam kategori Jumping 90cm – 100cm, manakala kuda Asyqar telah memenangi tempat pertama dalam kategori Jumping 70cm – 80cm.

Namun, pada hari kedua, atas nasihat Presiden Ikhwan Equestrian, Tuan Muhammad Adib, kuda-kuda dari Ikhwan diberi rehat sehari, menyebabkan ramai hadirin tertanya-tanya mengenai ketiadaan pasukan Ikhwan dalam acara tersebut.

“Kami sunyi kalau Ikhwan tak join,” kata salah seorang tetamu yang hadir.

Selain kategori yang disertai Ikhwan, terdapat juga pelbagai kategori lain yang dipertandingkan seperti Dressage Prepotory, Dressage Elementery, dan CSI 1⭐ 115cm. Kategori Dressage Preliminary dan Jumping 70cm – 80cm dilihat mendapat sambutan paling hangat daripada para peserta.

Di kesempatan ini, pihak Ikhwan menjemput para tetamu termasuk Yang Amat Mulia Tengku Syarif Temenggong Perlis Dato Seri Diraja Syed Amir Abidin Jamalullail
untuk menghadiri program Mini Karnival Motorhome anjuran GISBH di Kuala Linggi, Melaka.

Program Equestrian DARC kali ini memberi peluang Pasukan Ikhwan Equestrian menambah pengalaman dan kemahiran serta
ketangkasan mereka dalam sukan berkuda.

Views: 347
Scroll to top