Pulih ekonomi negara selepas Covid 19 – NACCOL anjur kerjasama dengan GISBH

Views: 22

PUTRAJAYA, 05.08.2022
Telah berlangsung satu pertemuan antara Majlis Tindakan Sara Hidup (National Council on Cost of Living – NACCOL) dengan kepimpinan GISBH di pejabat KPDNHEP di sini baru-baru ini bagi menangani isu sara hidup di Malaysia.

NACCOL adalah sebuah sekretariat di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna yang ditubuhkan bagi menyelaraskan semua usaha kementerian, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan pihak swasta bagi mengatasi isu berkaitan kos sara hidup di Malaysia. Ia tubuhkan pada 7 Februari 2018.

NACCOL diwakili oleh En Atan Sapian, Pengarah NACCOL, En Irwan dari Bahagian Francais dan Jualan Langsung dan Pn Fatehah dari Bahagian Pembangunan Perniagaan, manakala GISBH diwakili oleh Ybhg Tuan Hasnan Abdul Hamid, Ketua Pegawai Operasi (COO) GISBH, Tuan Mohd Shukri Mohd Noor, En Amir Fuhaira dan En Hakim Abdullah.

Menurut En Atan, pertemuan ini dibuat atas usulan Timbalan Menteri KPDNHEP, YB Rosol Wahid yang mahukan agar diwujudkan kerjasama antara GISBH dan NAACOL untuk memperbaiki rantaian perniagaan dan memulihkan keadaan ekonomi kesan pandemik Covid19.

Terdahulu, telah wujud perbincangan antara pihak GISBH dan KPDNHEP mengenai perniagaan francais iaitu sebelum berlaku pandemik ini.

En Atan tertarik dengan peralatan mesin, perladangan dan penternakan yang digunapakai dalam GISBH menerusi tayangan profail video dalam pertemuan itu.

Dua isu besar yg sdg ditangani oleh NACCOL adalah kaedah menangani kekurangan bekalan ayam dan minyak masak.

Penerangan wakil GISBH mengenai projek ternakan dan pemprosesan ayam, khususnya penggunaan teknologi Fateh di dalam syarikat GISBH sangat menarik minat wakil NAACOL lalu menawarkan bantuan untuk mempaten dan mewar-warkannya kepada umum.

Wakil GISBH memberitahu, pengeluaran ayam Ikhwan dari Syarikat GISBH masih berada pada tahap sederhana dan GISBH mengalu-alukan bantuan pihak kerajaan untuk mengembangkannya.

Dihujung majlis, pihak NAACOL menjemput GISBH untuk membentangkan Teknologi Ayam Fateh ini dalam mesyuarat yang akan diadakan bersama Pasukan
Petugas Jihad Tangani Inflasi pada 11.08.2022 di ekspo MAHA di Serdang.

En Atan juga menyatakan hasrat ingin melihat salah satu reban ternakan ayam GISBH di Ikhwan Valley, Putrajaya dalam masa terdekat dan membincangkan lebih banyak lagi perkara yang lain bersama.

Pertemuan diakhiri dgn penyampaian cenderahati pihak NAACOL kepada GISBH.

Semoga GISBH akan terus dapat menjalin hubungan baik dengan pihak kerajaan dalam usaha menangani banyak lagi permasalahan yang berlaku dalam negara, khususnya ke arah membina sebuah negara yang aman harmoni dan mendapat keampunan Allah.

Views: 22
Scroll to top