DUBAI, 21.05.2023
Restoran Nur Malaysia Dubai salah satu daripada rangkaian 124 restoran GISBH telah menganjurkan ‘Buffet Pay As You Wish’ sempena Aidilfitri, iaitu makan sepuas hati bayar mengikut rasa hati, di sini baru-baru ini.
Program yang bermula dari jam 7:00pm sehingga ke 10:00pm itu mendapat sambutan yang sangat menggalakan dari pelbagai bangsa dan warganegara.
Kira-kira 300 orang pelanggan menikmati jamuan yang disediakan di samping beramah mesra di akhir bulan Syawal yang mulia ini lebih-lebih lagi sebahagian besar mereka adalah perantau.
Antara menu yang di sediakan ialah menu Hari Raya seperti lemang, nasi himpit, rendang, biskut raya dan lain-lain.
Tujuan Restoran Nur Malaysia menganjurkan ‘Buffet Pay As You Wish’ ini bukan untuk mengaut keuntungan, tetapi bagi menghargai dan menghiburkan sesama manusia seperti yang di pandu oleh Pengerusi Eksekutif GISBH YDH Tuan Nasiruddin Mohd Ali.
Untuk menambah kemeriahan majlis, para staf Nur Malaysia juga mengadakan persembahan beberapa buah nasyid bagi menghiburkan para tetamu yang hadir.
Para tetamu yang hadir berpuas hati dengan makanan dan minuman yang disediakan malah ada yang merasakan ia sangat meriah seperti suasana berhari raya di Malaysia.
“Saya sangat gembira dengan majlis seperti ini, terubat rindu kemeriahan suasana Aidil Fitri di Malaysia,” ujar En Farid, warga Malaysia yang telah 10 tahun menetap di Dubai.
Moga dengan majlis seperti ini dapat menguatkan lagi hubungan kasih sayang sesama manusia khususnya di kalangan warga Malaysia yang hidup di perantauan.