DUBAI, 30.11.2022
Restoran Nur Malaysia Dubai (RNMD), salah sebuah restoran milik GISBH, kini memperkenalkan konsep baru yang lebih mesra pelanggan, demikian menurut wakil stafnya Puan Asilah Asri, di sini hari ini.
Terletak di Hurair Road, Oud Metha, bersebelahan dengan Malaysia Trade Center di kota Dubai, restoran ini menyediakan menu masakan kegemaran rakyat Malaysia seperti sate, roti canai, nasi lemak, cendol, teh tarik, nasi goreng kampung dan banyak lagi, beroperasi setiap hari dari jam 7 pagi hingga 11 malam dengan tenaga 18 staf lelaki dan perempuan.
Terkini, RNMD menawarkan menu bufet nasi campur waktu pagi dan tengahari bagi mengatasi masalah kelewatan dalam memenuhi pesanan pelanggan terutama ‘ala carte’, malah sebarang perubahan menu dikemas kini menerusi aplikasi Whatsapp, Instagram dan Facebooknya yang mendapat respons positif para pelanggan.
Selain itu, RNMD juga menyediakan keropok percuma bagi pelanggan-pelanggan yang sedang menunggu pesanan makanan mereka, manakala perkhidmatan penghantaran makanan (food delivery) juga diadakan bagi pesanan jarak jauh.
Beberapa penambahbaikan pada bangunan premis dilakukan seperti pemasangan sticker ‘one way’ di cermin hadapan kafe, memaparkan menu yang dijual, pemasangan ‘lightbox’ peta cawangan-cawangan GISBH dan frame gambar aktiviti kepimpinan GISBH bersama masyarakat juga tambahan lampu-lampu dinding dan LED untuk menambah keceriaan restoran.
Selain perkhidmatan penyediaan makanan, RNMD juga mengiklankan perkhidmatan SPA untuk penjagaan kesihatan dan khidmat ejen pelancongan ‘NM Travel & Tour’ dengan bas ‘shuttle’.
Begitulah azam dan iltizam para staf RNMD menggunakan platform sedia ada dalam menawarkan pelbagai perkhidmatan bagi kemudahaan semua manusia demi menjadi sebaik-baik manusia iaitu mereka yang paling banyak berkhidmat dengan orang lain.