TASHKENT, 24.10.2023
Restoran Nur Malaysia Tashkent (RNMT), salah sebuah rangkaian restoran GISBH telah dijemput menyertai Pepsi Food Festival 2023 yang berlangsung selama 3 hari mulai 20-22 Oktober di perkarangan Hyatt Regency Hotel, di sini baru-baru ini.
Penglibatan RNMT pada tahun ini dijemput sendiri oleh pihak penganjur bagi mewakili Malaysia dengan diberikan tapak percuma dan wakil GISBH telah mengundang Duta Besar Malaysia ke Uzbezkistan TYT Ilham Tuah Illias untuk datang berkunjung.
Pepsi Food Fest merupakan pesta makanan yang menawarkan menu-menu masakan terkenal dari 12 wilayah Uzbekistan, Karakalpakstan serta pelbagai masakan dunia.
Terdapat menu-menu berlainan yang dihidangkan pada tarikh yang ditentukan iaitu somsa dihidangkan pada 20 Oktober, kebab pada 21 Oktober dan sup pada 22 Oktober.
Pengunjung juga berpeluang mengikuti kelas masakan daripada chef-chef terkemuka dan menyaksikan pertandingan memasak oleh para tukang masak profesional.
Antara menu Malaysia yang disajikan oleh RNMT ialah roti canai, mi goreng, kuih muih dan teh tarik di mana menu roti canai pisang menjadi pilihan utama masyarakat tempatan.
Festival ini berlangsung dari jam 4 petang hingga 10 malam waktu tempatan dan kemasukan adalah percuma dengan jumlah pengunjung seramai 5000 orang.
TYT Duta gembira dengan penyertaan RNMT sebagai wakil Malaysia dalam pesta ini dan menyatakan hasrat pihak untuk bekerjasama dengan RNMT pada acara-acara yang akan datang dan berkata, “Kamu semualah duta yang sebenar.”
Di kesempatan itu wakil GISBH telah menghadiahkannya songkok Ikhwan berwarna merah yang menurutnya kelihatan sangat menarik manakala pembantu peribadinya pula bercadang
mengambil pakej pelancongan dengan Global Ikhwan Travel and Tour pada awal bulan Disember nanti.
Semoga wakil-wakil GISBH sentiasa proaktif bekerjasama dengan pihak kedutaan dan lain-lain pihak agar hasrat YBhg Pengerusi Eksekutif, untuk melaksanakan program Silaturrahim; Ziarah, Dakwah dan Ziarah berjalan lancar.