Restoran Nur Muhammad Istanbul terima tempahan sarapan pagi PM

Views: 670

ISTANBUL, 22.10.2023
Restoran Nur Muhammmad Istanbul (RNMI), salah satu rangkaian restoran GISBH, menerima tempahan sarapan pagi untuk Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang berada di Istanbul dalam lawatan kerja dan pertemuan bersama Presiden Turkiye, Recep Toyyib Erdogan di sini, baru-baru ini.

Tempahan sarapan pagi tersebut diterima melalui Konsulat Malaysia Istanbul yang memang telah lama mempunyai hubungan dengan GISBH.

Ia hasil perhubungan yang dijalinkan di antara Pengerusi Eksekutif GISBH, YBhg Tuan Hj. Nasiruddin Mohd Ali dengan pihak Konsulat Malaysia dan diteruskan oleh Pengarah GISBH Zon Turki, Tuan Abul Fida’ Nasiruddin.

Konsulat Malaysia juga sudah beberapa kali mengambil perkhidmatan tempahan makanan melalui RNMI terutama apabila ada tetamu-tetamu yang datang ke Turkiye samada para usahawan, pegawai tinggi kerajaan, menteri-menteri, perdana menteri malah DYMM Sultan.

Antara menu yang ditempah oleh Konsulat Malaysia ialah cekodok pisang dan 2 jenis kuih lain sebanyak 30pax dan dibawa ke hotel penginapan PM di Shangri-la Hotel.

“Cekodok pisang merupakan tempahan khas kerana ia merupakan makanan kegemaran PM”, ujar salah seorang wakil dari Konsulat.

Apabila ternampak pasukan RPU Istanbul, semasa menuju dalam keadaan bergegas ke tempat mesyuarat, PM sempat menghulurkan tangan bersalaman sambil mengucapkan, “Terima Kasih hidangkan sarapan,” dan memaklumkan rombongannya bahawa GISBH ada restoran di sini.

Moga perkhidmatan yang diberi kepada semua pihak Allah terima sebagai amal ibadah untuk merealisasikan maksud hadis, “Sebaik-baik manusia ialah orang yang paling banyak berkhidmat kepada orang lain.”

Views: 670

Reviews for Restoran Nur Muhammad Istanbul terima tempahan sarapan pagi PM

There are currently no reviews for Restoran Nur Muhammad Istanbul terima tempahan sarapan pagi PM
Scroll to top