RNMT wakili Malaysia sertai Festival Food Tashkent 2022

Views: 2

TASHKENT, 09.08.2022
Restoran Nur Malaysia Tashkent (RNMT) satu-satunya restoran masakan Malaysia di Uzbekistan telah menyertai Festival Food Tashkent 2022 di sini baru-baru ini.

Festival tahunan anjuran Majlis Perbandaran Tashkent itu bermula pada 29 Julai 2022 hingga 7 Ogos 2022.

Melalui kenalan GISBH, Mr Kahroman yang merupakan pembantu Ketua Majlis Perbandaran Tashkent, RNMT telah diterima menyertai Festival tersebut sebagai wakil Malaysia.

Mr Kahroman juga sangat senang dengan keberadaan RNMT di sini malah mempromosikan RNMT di akaun Instagram Majlis Perbandaran Tashkent.

Antara menu makanan Malaysia yang dijual ialah roti canai, mi goreng, nasi goreng, beraneka donat, air jus balang dan lain-lain.

Semoga dengan penyertaan RNMT di Festival ini dapat mengeratkan lagi hubungan staf GISBH bersama masyarakat Uzbekistan di sini sekaligus mempromosikan Malaysia di Tashkent melalui makanan.

Views: 2

Reviews for RNMT wakili Malaysia sertai Festival Food Tashkent 2022

There are currently no reviews for RNMT wakili Malaysia sertai Festival Food Tashkent 2022
Scroll to top