Rombongan GISBH hadiri Rumah Terbuka YAB Ketua Menteri Melaka

Views: 434

TANJUNG BIDARA, 05.05.2024
Rombongan daripada syarikat GISB Holdings Sdn Bhd turut hadir bersama lebih 30,000 pengunjung ke Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh di sini baru-baru ini.

Datuk Seri Ab Rauf sendiri menjemput YBhg Tn. Hj. Nasiruddin Mohd Ali, Pengerusi Eksekutif (PE) GISBH untuk hadir ke Rumah Terbukanya pada 4 Mei jam 8 malam.

Turut bersama Tn. PE GISBH ialah Tn. Hj. Mohd Fadhil Yasin, Ahli Lembaga Penasihat (ALP) GISBH, Pn. Hjh. Azura Mohd Yusof ALP Muslimah GISBH, Tn. Nik Fateh Nik Abdul Kadir, Pengarah GISBH Melaka dan beberapa orang pengiring.

Antara yang hadir di sesi malam di kalangan tetamu kehormat ialah Yang di-Pertua Negeri, Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Mantan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Tan Sri Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob dan Tan Sri Dato Sri Dr Hj Noor Mustafa, Pengerusi Kuala Linggi International Port (KLIP).

Turut hadir ke majlis Rumah Terbuka ini YAB ialah Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ibrahim Durum; Exco Kerajaan Tempatan Datuk Wira Rais Yassin, Exco Kerjaraya Datuk Hamed Basheer, Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan bersama timbalannya, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem, barisan Exco serta Timbalan Exco Kerajaan Negeri.

Terdahulu di sesi siang hari, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan meluangkan masa lebih sejam pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka.

Rumah terbuka di Villa D’Acqua Kampung Pulau, Masjid Tanah ini dimeriahkan dengan pelbagai juadah antaranya nasi beriani, kambing golek, sate, nasi lemak, lempeng, nasi himpit, jemput-jemput, roti john, aneka sup, ubi rebus, bihun goreng dan mi goreng.

Selesai menikmati hidangan, Tn. PE GISBH pergi meja VVIP untuk meminta izin pulang dan bergambar kenangan dengan TYT Tun dan YAB Ketua Menteri.

Di kesempatan itu, beliau menjemput TYT Tun ke Rumah Terbuka Aidilfitri GISBH, di Pusat Perniagaan Ikhwan Bandar Country Homes Rawang.

Moga kehadiran rombongan GISBH ke Rumah Terbuka Aidil Fitri Ketua Menteri Melaka ini akan menambah eratkan hubungan yang sedia ada antara GISBH dengan kepimpinan negeri Melaka agar dapat diteruskan dengan pelbagai kerjasama dari kedua belah pihak untuk kebaikan umat Islam.

Views: 434

Reviews for Rombongan GISBH hadiri Rumah Terbuka YAB Ketua Menteri Melaka

There are currently no reviews for Rombongan GISBH hadiri Rumah Terbuka YAB Ketua Menteri Melaka
Scroll to top