Rombongan GISBH ke Filipina disambut oleh Presiden Dewan Perniagaan Islam Mindanao

Views: 34

DAVAO CITY, 29.06.2023
Satu rombongan daripada Syarikat GISB Holdings Sdn. Bhd. yang diketuai oleh YDH Tuan Ahmad Anuar Abdul Rahman telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Davao sempena program Ekspedisi Jelajah Filipina dan Program Korban Marawi City, Mindanao 1444 H baru-baru ini.

Rombongan GISBH telah disambut oleh Presiden Dewan Perniagaan Islam Mindanau, Mr Moner A Ali dan seorang usahawan, Mr Abdul Kareem Santillan.

Mr Moner A Ali memiliki perniagaan perhotelan dan kilang makanan ayam manakala Mr Abdul Kareem Santillan pula mengusahakan kilang coklat.

Rombongan dibawa ke sebuah restoran Halal milik anak saudara seorang ahli kongres Muslim dengan dua buah kenderaan pacuan 4 roda untuk jamuan makan tengahari.

Turut mengiringi YDH Tuan Ahmad Anuar ke Mindanao, Tuan Harun Taat, Pegawai Tadbir Syarikat, En Suhaimi Abdul Rahim, Setiausaha Sektor Kebajikan GISBH, En Fatihah Ananab, wakil GISBH Thailand, 2 wakil RPU, En Mohd Arafaie Abu Bakar dan En Fathullah Iskandar.

Tujuan utama Ekspedisi Jelajah Filipina ini adalah mewakili Pengerusi Eksekutif GISBH, YDH Tuan Nasiruddin Mohd Ali untuk menggerakkan usaha Silaturrahim; Ziarah, Dakwah dan Tijarah seperti yang beliau gerakkan di Thailand, Timur Tengah, Eropah, Utara Afrika, Indonesia dan Australia.

Di samping menjalinkan silaturrahim dengan kenalan GISBH di Filipina, Pengerusi Eksekutif juga berhasrat untuk memulakan projek ternakan ayam Ikhwan di Mindanao seperti yang telah dimulakan di Bangkok, Pattani dan Bogor, Indonesia.

Mindanao adalah pulau kedua terbesar di Filipina dan salah satu dari tiga kelompok pulau utama bersama dengan Luzon dan Bisayak. Mindanao terletak di bahagian selatan Filipina, adalah kawasan penduduk majoriti orang Islam yang disebut juga sebagai Bangsamoro yang terdiri dari etnik Maguindanao, Marano, Iranun, Yakan, Tausug, Kalibugan, Kalagan, Bajau dan Sangir.

Moga kedatangan rombongan GISBH ini dapat mengeratkan ukhuwah dan kasih sayang kepada umum masyarakat Islam di sini melalui program ziarah, dialog dan ibadah korban yang diadakan.

Views: 34

Reviews for Rombongan GISBH ke Filipina disambut oleh Presiden Dewan Perniagaan Islam Mindanao

There are currently no reviews for Rombongan GISBH ke Filipina disambut oleh Presiden Dewan Perniagaan Islam Mindanao
Scroll to top