Rombongan GISBH kunjungi keluarga Sidi Asyraf di Kaherah

Views: 314

KAHERAH, 02.03.2024
Rombongan GISBH seramai 19 orang telah menziarahi kenalan warga tempatan, Sidi Asyraf, seorang ahli perniagaan di sini hari ini.

Ketibaan Pengerusi Eksekutif (PE) GISBH, YBhg Tn. Hj. Nasiruddin dan rombongan disambut dan diraikan dengan meriah kerana Sidi Asyraf dan keluarganya sangat merindui beliau.

“Ketibaan Tn. Nasiruddin menyatukan keluarga kami kerana kedatangan Tn. Nasiruddinlah seluruh keluargaku juga datang,” ujar beliau.

Keluarga Sidi Asyraf mengetahui Tn. PE mempunyai keluarga besar berpoligami dengan 4 orang isteri dan mereka merasakan mereka keluarga ke lima PE GISBH.

Di pertemuan ini Sidi Asyraf banyak berkongsi cerita tentang keluarganya dan perkembangan negara Mesir terkini manakala Tn. Nasiruddin pula menceritakan perkembangan terkini GISBH di seluruh dunia.

Rombongan GISBH juga menghadiahkan persembahan beberapa buah nasyid dalam bahasa Arab, Inggeris dan Melayu kepada keluarga Sidi Asyraf.

Sebelum beransur pulang, Tn. Nasiruddin menghadiahkan plak gambar beliau dengan Sidi Asyraf dan plak peta cawangan GISBH seluruh dunia.

Ikatan silaturrahim dan kasih sayang yang kuat telah menyebabkan keluarga Sidi Asyraf berat untuk melepaskan Tuan PE Tn. Nasiruddin Mohd Ali dan rombongan pulang kerana beliau berkata telah setahun lebih tidak bertemu dengan Tuan PE GISBH.

Moga ukhuwah dan silaturrahim yang dibina dapat dimanfaatkan untuk Islam.

Views: 314

Reviews for Rombongan GISBH kunjungi keluarga Sidi Asyraf di Kaherah

There are currently no reviews for Rombongan GISBH kunjungi keluarga Sidi Asyraf di Kaherah
Scroll to top