PATTANI, 18.12.2022
Rombongan GISBH yang diketuai oleh YBhg Tuan Nik Hazani Nik Muhammad bersama Dr. Mohd Hisham Sultan At-Tamimi diiringi oleh Baba Suwari telah menziarahi Tuan Guru yang paling tua di Pattani iaitu Baba Wan Noh Wan Nawan di kediamannya di sini, baru-baru ini.
Baba Wan Noh berumur 105 tahun telah menghabiskan usianya dengan menyampaikan ilmu dan berdakwah di negeri Pattani dan sekitarnya.
Al Fadhil Baba Wan Noh istiqamah menyampaikan ilmu walaupun setelah melewati 90 tahun dan hanya berhenti apabila kesihatanya tidak mengizinkan kira-kira 7 tahun yang lalu.
Beliau yang agak uzur sekarang, banyak menghabiskan masanya dengan beribadah seperti solat sunat dan berzikir di tempat tidurnya.
Apabila diminta berdoa, Baba Wan Noh tidak menolaknya malah terus menadah tangan berdoa untuk keselamatan seluruh umat Islam khususnya para tetamu yang menziarahi beliau.
Menurut Dr Hisham At Tamimi, dengan keberkatan orang seperti Baba Wan Noh inilah semua orang di sekelilingnya malah masyarakat setempat mendapat pelbagai nikmat.
Di pertemuan ini juga Dr Hisham At-Tamimi mengijazahkan bacaan kitab Dalailul Khairat karangan Imam Al-Jazuli kepada dua orang yang meminta daripadanya dan mendoakan kesihatan Baba Wan Noh dan umat Islam Pattani sebelum berpisah.
Moga Allah berkati seluruh pejuang-pejuang agama, tuan-tuan guru, para mubaligh yang mempertahankan agama ini dengan seruan dan didikan mereka agar Islam terus menjadi cara hidup seluruh umat ini.