Rombongan MEEDC, RTM dan DVS berkunjung ke PPIBCH

Views: 616

RAWANG, 17.01.2024
Pertubuhan Pusat Data Usahawan dan Ekosistem Malaysia (MEEDC), Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) telah melakukan kunjungan ke Pusat Perniagaan Ikhwan Bandar Country Homes (PPIBCH) di sini, hari ini.

Rombongan MEEDC dan RTM diketuai oleh YM Tengku Khairul Adena Almarhum Tengku Abdullah dan YM Raja Hasmariani Raja Ismail
bertujuan untuk melawat PPIBCH juga membuat tinjauan bagi lokasi penggambaran rancangan Aidil Fitri terbitan bersama MEEDC dan RTM.

Bagi YM Tengku Khairul Adena yang sudah hadir kali ke 4 di sini, beliau menginginkan nuansa Islamik yang terdapat di Bandar Global Ikhwan ini bagi rancangan tersebut, oleh kerana itu beliau hadir membawa rakan produksi dari RTM untuk melakukan tinjauan lokasi.

Di waktu yang sama, DVS pula yang diketuai oleh Dr. Mohammad Razli bin Abdul Razak, Pengarah Bahagian Regulatori Veterinar bersama rombongannya turut hadir untuk melawat stable Ikhwan Equestrian PPIBCH. Selain membuat penggambaran para pegawai DVS bagi kempen ‘KITA JAGA KUDA’ para pegawai turut melihat persiapan Ikhwan Equestrian untuk menyertai pertandingan kuda lasak yang akan diadakan di Lembah Bidong, Terengganu dengan penyertaan 23 ekor kuda.

Dr Mohammad Razli berpuas hati dengan penjagaan kuda di sini dan melihat sendiri wujudnya kasih sayang antara penjaga dan kuda yang dipelihara.

Terdahulu, para tetamu telah hadir pada jam 10.30 pagi disambut oleh YBhg. Tn. Abu Zar Mohd Zaki, Ketua Setiausaha Zon BCH sebagai mewakili YBhg. Tn. Hj. Nasiruddin Mohd Ali Pengerusi Eksekutif (PE) GISB Holdings Sdn. Bhd.

Para tetamu telah dibawa menonton Profail GISBH dan taklimat ringkas di Panggung Ikhwan, sesi dialog dan dibawa melawat ke premis-premis perniagaan serta melihat aktiviti-aktiviti yang terdapat di sini.

Program diakhiri dengan jamuan makan tengahari dan sesi bergambar kenangan serta penyampaian cenderahati berupa produk-produk Ikhwan Brand.

Moga hasrat PE GISBH agar seluruh warga GISBH dapat memberikan sebanyak-banyak dan sebaik-baik khidmat kepada seluruh lapisan masyarakat menjadi kenyataan dan berterusan khususnya bermula di awal tahun 2024 ini.

Views: 616

Reviews for Rombongan MEEDC, RTM dan DVS berkunjung ke PPIBCH

There are currently no reviews for Rombongan MEEDC, RTM dan DVS berkunjung ke PPIBCH
Scroll to top