Rombongan Pengerusi Eksekutif GISBH Melawat Perkampungan Islam Pertama di Bali

Views: 2

DENPASAR, 24.03.2022.
Pengerusi Eksekutif GISBH, Tuan Nasiruddin Mohd Ali dan rombongan telah mengadakan lawatan ke Kampung Gegel yang merupakan perkampungan Islam pertama di Bali yang terletak di Kabupaten Klungkung, sekitar 60 kilometer arah timur Denpasar.
Dari kampung inilah Islam berkembang di pulau Bali.

Di sini terdapat masjid tertua di Bali iaitu Masjid Nurul Huda yang telah dibina sejak abad ke 14. Di Masjid ini juga terdapat air yang sentiasa mengalir dari sumber asli dan disalurkan ke paip untuk berwhudhu’.

Di Bali terdapat empat buah perkampungan Islam iaitu Desa Gelgel Klungkung, Desa Loloan Jembrana, Desa Pegayaman Buleleng dan Desa Kecicang Islam, Karangasem.

Tuan Nasiruddin Mohd Ali dan rombongan berasa gembira berada kampung ini kerana dapat bertemu dengan ramai orang Islam di Bali dan mudah mendapatkan makanan halal.

Moga Allah pelihara keislaman penduduk Kampung Gegel dan kembangkan lagi agama Islam ke seluruh pulau Bali.

Views: 2

Reviews for Rombongan Pengerusi Eksekutif GISBH Melawat Perkampungan Islam Pertama di Bali

There are currently no reviews for Rombongan Pengerusi Eksekutif GISBH Melawat Perkampungan Islam Pertama di Bali
Scroll to top