Rombongan Surau Kementerian Kerja Raya makan malam di ID Pattani

Views: 954

PATTANI, 06.11.2023
Rombongan jemaah Surau Kementerian Kerja Raya Malaysia seramai 94 orang yang dipimpin oleh Ustaz Hj. Husaini Abdul Hamid telah mengambil katering makan malam dua hari berturut-turut di Restoran Ikhwan Delight Pattani (RIDP) baru-baru ini.

Ustaz Hj. Husaini yang juga merupakan abang kandung kepada COO GISBH, YBhg Tuan Hj. Hasnan Abdul Hamid telah mengajar di surau Kementerian Kerja Raja, di Aras 5, Blok B, Kompleks Kementerian Kerja Raya, Kuala Lumpur sejak 12 tahun yang lalu.

Semua yang menyertai rombongan beliau ini adalah murid-muridnya di surau,secara dalam talian dan sebahagiannya bersama ahli keluarga masing-masing.

Di Pattani mereka mengambil peluang melawat pondok-pondok pengajian, bertemu dengan alim ulama setempat, melawat Masjid Wadi Husen yang berumur lebih 400 tahun, Masjid Kresik, Telaga Syeikh Daud Al-Fatoni, Telaga Hang Tuah, Muzium Al Quran dan Manuskrip kitab lama alam Melayu.

Selain menikmati hidangan makan malam dengan juadah tom yam seafood, ikan tongkol fresh goreng belado, udang masak lemak nenas, ikan kering, telur dadar ala Thai, perbagai ulaman, sambal belacan dan lain lain menu serta buah-buahan, para tetamu juga berpeluang membeli jubah, tudung, songkok dan produk-produk Ikhwan yang terdapat di ruang Galeri lobi RIDP ini.

Di malam kedua, atas permintaan Ustaz Hj. Husaini, staf RIDP telah mendendangkan 3 buah nasyid secara ‘live’ di hadapan para tetamu, malah beliau sendiri bernasyid bersama-sama untuk menambah kasih sayang dan kemesraan.

Moga hasrat Pengerusi Eksekutif GISBH, Tuan Hj. Nasiruddin Mohd Ali untuk para staf GISBH memaksimumkan khidmat mereka melalui rangkaian restorannya yang berjumlah 124 buah di 17 buah negara dapat dilaksanakan dengan sebaiknya demi mendapat redha Allah.

Views: 954

Reviews for Rombongan Surau Kementerian Kerja Raya makan malam di ID Pattani

There are currently no reviews for Rombongan Surau Kementerian Kerja Raya makan malam di ID Pattani
Scroll to top