RPU anjur kursus renang

Views: 8

Sesuai dengan saranan Rasulullah SAW untuk mengajarkan anak-anak kemahiran berenang, satu kursus kemahiran renang untuk para remaja GISBH telah dicetuskan oleh Ketua RPU, YBhg Tuan Mohd Adib At-Tamimi.

Kursus dimulakan dengan menumpukan kepada 10 orang bakal jurulatih sebagai pasukan utama bagi persediaan untuk melatih para RPU di zon-zon GISBH.

Sehingga kini, kelas latihan renang tersebut telah berjalan selama empat bulan.

Selepas beberapa minggu aktiviti latihan dijalankan di kolam renang Villa Pusat GISBH, sesi seterusnya dibuat di kolam renang umum untuk menambah ilmu, dan memberi pendedahan dan pengalaman selain berpeluang bertemu dan berinteraksi dengan masyarakat.

Sepanjang bulan Ramadhan aktiviti renang tidak dilakukan di siang hari, sebaliknya ia dibuat di sebelah malam. Keletihan berekspedisi di Indonesia dalam bulan Ramadhan tidak mengahalang Tuan Adib menjalankan latihan renang bersama RPU di malam hari.

Ketua Pegawai Penyelaras GISBH Tuan Adib juga merancang untuk mengkursuskan seramai 30 orang lagi peserta dan beberapa kategori pertandingan akan dilaksanakan di peringkat zon-zon GISBH.

Semoga kesungguhan menguasai sukan Sunnah berenang ini Allah berkati untuk melahirkan remaja-remaja yang mampu memberi pertolongan di waktu kecemasan atau bencana alam.

Views: 8

Reviews for RPU anjur kursus renang

There are currently no reviews for RPU anjur kursus renang
Scroll to top