RPU bertemu PM di Majlis Amanat Keluarga Malaysia Labuan

Views: 11

LABUAN, 26.10.2022
YAB Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Malaysia telah hadir menyempurnakan Majlis Amanat Jelajah Keluarga Malaysia di Dewan Konvensyen Kompleks Ujana Kewangan di sini, baru-baru ini.

Turut hadir di majlis berkenaan YB Dato’ Seri Dr. Shahidan Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan dan Dato’ Seri Mahdzir Khalid, Menteri Pembangunan Luar Bandar.

Dalam ucapannya, YAB Perdana Menteri banyak menyentuh mengenai Pelan Pembangunan Labuan iaitu pembangunan sektor perniagaan dan kewangan, sektor O&G, sektor pelancongan, sektor pendidikan untuk memperkasakan pembangunan modal insan juga isu bekalan air melibatkan projek penggantian paip usang dan naik taraf loji rawatan air.

“Cadangan projek pembinaan Jambatan Labuan-Menumbok tidak pernah ditarik balik dan telah beberapa kali dibincangkan di peringkat kabinet,” kata beliau dalam ucapannya.

YAB Perdana Menteri turut menyampaikan sumbangan kepada beberapa madrasah dan pusat tahfiz di WP Labuan serta Bantuan ke IPT dalam majlis berkenaan.

Majlis Amanat tersebut telah dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat terdiri dari Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan Tertinggi, Pengarah dan Ketua Unit serta kakitangan Perbadanan Labuan, Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi Kerajaan WP Labuan, Dewan-Dewan Perniagaan, Majlis Perwakilan Penduduk WP Labuan, Majlis Belia Labuan, dan warga kampung.

Remaja Pembela Ummah (RPU) GISBH cawangan Borneo turut hadir dalam majlis tersebut dan berpeluang bertemu YAB Perdana Menteri untuk berkongsi maklumat keberadaan premis-premis GISBH di Labuan.

Para wakil GISBH juga menyerahkan cenderahati berupa produk-produk Ikhwan Brand kepada YAB Perdana Menteri, DS Shahidan dan DS Mahdzir.

Moga keberadaan RPU GISBH di mana sahaja adalah untuk sama-sama menyokong, membahu dan membantu usaha-usaha kerajaan dan mana-mana pihak dalam memberi perkhidmatan ke arah mencetuskan keharmonian dalam masyarakat.

Views: 11

Reviews for RPU bertemu PM di Majlis Amanat Keluarga Malaysia Labuan

There are currently no reviews for RPU bertemu PM di Majlis Amanat Keluarga Malaysia Labuan
Scroll to top